REMAJA ON ROAD | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » REMAJA ON ROAD

REMAJA ON ROAD

15 Jun 2023 - Jutaan terima kasih diucapkan kepada team REMAJA ON ROAD kerana telah sudi hadir ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Program jelajah ini telah diadakan buat kali kedua dan memilih FBMK sebagai destinasi bertuah untuk dikunjungi. Seramai lebih 100 orang pelajar terlibat dalam program ini dan mereka juga menonjolkan bakat masing-masing semasa sesi Talent Casting.
Program ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan khas yang berbakat besar dalam industri hiburan dan pengacaraan iaitu Dinie Asyraf, Syamira Nazir, Imran Aqil, Bella Zahir dan Ayang Kamel. Mereka telah mengupas topik berjudul "Dunia Media Baharu" semasa sesi Youth Talk.
Program ini mendapat sambutan para pelajar dan diharapkan agar pihak Remaja dan Ideativ tidak serik untuk datang lagi ke FBMK.

Tarikh Input: 16/06/2023 | Kemaskini: 16/06/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEdGAE~