Program Komunikasi Pemasaran Bersepadu: Pemerkasaan Pempromosian Program TVET | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » Program Komunikasi Pemasaran Bersepadu: Pemerkasaan Pempromosian Program TVET

Program Komunikasi Pemasaran Bersepadu: Pemerkasaan Pempromosian Program TVET

14 Jun 2023 - Program Komunikasi Pemasaran Bersepadu: Pemerkasaan Pempromosian Program TVET telah diadakan bersama lebih 50 orang pegawai TVET dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya dari 9 pagi hingga 5 petang. Program ini dikendalikan oleh pelajar Master Komunikasi Korporat dan dirasmikan oleh Prof Madya Dr Nor Azura Adzharuddin, Ketua Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi juga selaku Ketua Projek.
Program ini juga turut dihadiri oleh Ts. Kamaruzaman Haji Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia, YBRs Puan Hasnida Samsudin, Ketua Seksyen Hal Ehwal Korporat, Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia dan Pn Low Ngai Yuen dari AEON Group, selaku penceramah pada sessi petang.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu mengenai Komunikasi Pemasaran Bersepadu kepada pegawai komunikasi dan pegawai yang membentuk dasar pembelajaran TVET Negara, serta meneroka konsep IMC bagi memantapkan lagi promosi pembelajaran dan kerjaya dalam bidang TVET.

Tarikh Input: 15/06/2023 | Kemaskini: 15/06/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEdEAR~