22 Jun 2023 - Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai FALCOMM bagi Sesi 2022/2023 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023 FALCOMM pada jam 2:30 Petang bertempat di Dewan Za'ba, FBMK.
Mesyuarat ini diadakan bagi memenuhi beberapa agenda termasuklah pembentangan laporan aktiviti tahunan, pembentangan laporan kewangan persatuan, pembubaran Majlis Eksekutif FALCOMM Sesi 2022/2023 seterusnya pengumuman Majlis Eksekutif FALCOMM Sesi 2023/2024.
Mesyuarat Agung Tahunan 2023 FALCOMM ini bukan sahaja telah dihadiri oleh Majlis Eksekutif FALCOMM sesi lama dan baharu, namun turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz selaku Penasihat FALCOMM bersama-sama dengan Encik Mohd Husaini Amir Nik.
Diharapkan menerusi kepimpinan baharu FALCOMM yang diterajui oleh saudari Nik Nur Nabila Sofia (Bacelor Sastera Bahasa Arab, Tahun 2) ini mampu meningkatkan visibiliti fakulti sekaligus melonjakkan nama fakulti di peringkat universiti.
Tarikh Input: 03/07/2023 | Kemaskini: 03/07/2023 | ma_husaini
PERKONGSIAN MEDIA