
Serdang: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) mempunyai peranan strategik melahirkan generasi yang bukan sahaja fasih berbahasa tetapi mahir memimpin perbincangan dan pemikiran.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, landskap media sekarang sudah berubah sepenuhnya dengan media sosial menjadikan rakyat bukan sahaja penerima, tetapi penerbit dan pengaruh.
Justeru katanya, naratif awam dibentuk melalui perbincangan pelbagai pihak atau desentralisasi membabitkan kerajaan, media komersial, pencipta kandungan malah individu yang konsisten dan dipercayai.
"Di sinilah juga komunikasi politik menjadi kunci. Pemimpin dan parti di seluruh dunia menggunakan strategi kandungan, penyasaran mikro, tindak balas pantas, dan rangkaian pempengaruh untuk memenangi minda sebelum rakyat melangkah ke peti undi. Hakikatnya, jika kita gagal menguasai media sosial, kita boleh tewas dalam pilihan raya walaupun mempunyai pencapaian dasar yang baik.
Sumber Rujukan: FBMK UPM Mampu Jadi Makmal Naratif Negara
Tarikh Input: 06/10/2025 | Kemaskini: 06/10/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia