Diplomasi Bahasa Mencipta Keharmonian Sambutan Hari Raya | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » Diplomasi Bahasa Mencipta Keharmonian Sambutan Hari Raya

Diplomasi Bahasa Mencipta Keharmonian Sambutan Hari Raya

"Sudah kahwin ke belum?" merupakan antara pertanyaan hangat daripada orang tua-tua di kampung yang kadang kalanya membingitkan telinga anak dara dan teruna yang masih belum lagi menemui pasangan masing-masing. Jangan berkecil hati dan menunjukkan muka mencuka dengan pertanyaan sebegitu kerana itu cara orang tua-tua ingin memulakan komunikasi dan mewujudkan suasana yang mesra.

Oleh itu, kita sebagai orang yang lebih muda perlu tahu menggunakan diplomasi bahasa untuk menjawab soalan seperti itu bagi mengelakkan kejadian bermasam muka dan menyebabkan sambutan hari raya bertukar menjadi medan permusuhan. Janganlah pula menggelarkan kelompok orang tua-tua ini sebagai "makcik bawang" sebagai tanda protes tetapi sambutlah soalan tersebut dengan kaedah berseloroh agar keharmonian hari raya terus tercipta.

https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2023/05/01/7897/?_ga=2.209657298.1136114860.1682922338-818768746.1637431229

Tarikh Input: 02/05/2023 | Kemaskini: 02/05/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEdMAr~