COVID-19 Istilah Yang Memenuhi Syarat | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » COVID-19 Istilah yang memenuhi syarat

COVID-19 Istilah yang memenuhi syarat

Covid-19 Istilah yang Memenuhi Syarat

Oleh : Datin Dr. Hasnah Mohamad

 

Kemunculan virus COVID-19 menambah lagi satu kosa kata baharu dalam ilmu peristilahan bidang perubatan, subbidang virologi.  COVID-19 ialah nama atau istilah yang merupakan gabungan antara suku kata Co, iaitu singkatan daripada kata Corona, suku kata vi singkatan bagi Virus, dan huruf awal D mewakili kata Disease, manakala 19 merujuk pada tahun 2019, tahun kemunculan virus ini dilaporkan yakni pada bulan Disember 2019.

Nama ini diumumkan secara rasmi oleh Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Perubatan Kesihatan Sedunia, World Health Organisation (WHO) pada 11 Februari 2020, setelah diputuskan sekumpulan pakar dalam International Classification of Disease (ICD), WHO.

Menurut Tedros, penciptaan nama atau istilah tersebut dibuat dengan mengambil kira bahawa nama tersebut tidak merujuk mana-mana lokasi geografi, nama haiwan, individu atau kelompok masyarakat tertentu. Dengan pengumuman rasmi nama tersebut, WHO berharap nama “COVID-19” dapat digunakan oleh semua penutur Bahasa di serata pelosok dunia tanpa wujudnya stigma atau rasa tidak selesa dalam kalangan sesetengah kelompok masyarakat.

 

Artikel penuh selanjutnya http://eseminar.dbp.gov.my/bahasa20205/mobile/index.html#p=10

Tarikh Input: 06/05/2020 | Kemaskini: 06/05/2020 | zeda

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdUAt~