
Pelbagai jenis rehat yang badan kita sebenarnya pperlukan bagi memastikan kesihatan kita terjamin.
Istirahat yang berkesan melibatkan pelbagai aspek untuk menyegarkan tubuh, minda, dan jiwa. Rehat fizikal, seperti tidur atau senaman ringan seperti yoga, membantu merehatkan tubuh badan. Rehat mental pula memberi ruang kepada fikiran untuk berhenti sejenak melalui aktiviti seperti menulis jurnal atau meditasi. Rehat rohani, seperti berjalan di alam semula jadi atau menjadi sukarelawan, boleh membuatkan kita merasa lebih connected dengan diri dan sekeliling.
Di samping itu, rehat sosial melibatkan masa bersendirian atau bersama orang yang memberi tenaga positif, sementara rehat deria membantu menenangkan pancaindera. Rehat kreatif, dengan aktiviti seperti melukis atau menulis, merangsang ekspresi diri dan imaginasi. Kombinasi rehat yang seimbang ini dapat meningkatkan kesejahteraan secara menyeluruh.
Sumber Rujukan : 7 Jenis Rehat
Tarikh Input: 18/11/2024 | Kemaskini: 18/11/2024 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia