Webinar Sembang Santai: AI Dalam Kehidupan Seharian: Mengubah Cara Kita Berinteraksi | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» AKTIVITI » VPM3352 Veterinary Parasitology II Learning Outcome Introduction to common parasites in domestic ani

Tajuk Acara
Webinar Sembang Santai: AI dalam kehidupan Seharian: Mengubah Cara Kita Berinteraksi
Tarikh
19 Nov 2024 - 19 Nov 2024
Masa
02.30 - 04.30
Lokasi
ZOOM MEETING
Ringkasan Acara
Sebagaimana teknologi berkembang dengan maju menuju era teknologi tinggi, AI atau kecerdasan buatan telah diperkenalkan kepada masyarakat. Secara amnya, AI atau Kecerdasan buatan adalah merujuk kepada kemampuan komputer untuk meniru tingkah laku manusia (boleh berfikir). AI adalah gabungan algoritma yang kompleks untuk membolehkan mesin melakukan tugas dan membuat keputusan seperti manusia. Untuk memberi pendedahan dan sembang santai mengenai AI dalam kehidupan, satu webinar akan diadakan bagi perkongsian ilmu secara santai yang akan disampaikan oleh CEO @FBMK, Tuan Haji Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AL Hijrah seperti berikut:- Tarikh: 19 November 2024 (Selasa) Masa: 2.30 petang Tajuk: AI dalam kehidupan Seharian: Mengubah Cara Kita Berinteraksi Platform: Zoom and Fb Live Pautan Zoom: Join Zoom Meeting https://zoom.us/j/97982670353... Meeting ID: 979 8267 0353 Passcode: 022367 Oleh itu, YBhg. Prof/Prof.Madya/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai webinar sembang santai tersebut seperti butiran di atas. Pendaftaran bagi menyertai webinar ini boleh dibuat dengan mengisi pautan ini https://forms.gle/mJAZawLXxSfE2rYC6 sebelum 15 November 2024. Sebarang pertanyaan mengenai webinar ini YBhg. Prof/Prof.Madya/Datin/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Syaizwar Hazry atau Puan Hasnah Abu Bakar di talian 03-97698663 untuk pertanyaan. Semua dijemput menghadiri webinar ini. Sekian, terima kasih.

Kemaskini:: 06/01/2025 [amira.rahim]

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (11:34:30pm-11:39:30pm, 02 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]