03 Julai 2023 - Sesi kedua bengkel penghasilan pantun bertajuk : DALAM MUZIUM ADA PANTUN? Para peserta diberikan tempoh 20 minit untuk mengambil ilham dan idea dengan menggunakan apa sahaja barang pameran yang terdapat di Muzium Warisan Melayu untuk dijadikan sebagai pembayang pantun. Setelah itu, para peserta diminta untuk mempersembahkan pantun mereka untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kelihatan para peserta berasa teruja kerana bukan sahaja dapat melawati Muzium Warisan Melayu malah turut bertungkus lumus mencari idea untuk menghasilkan sebuah pantun.
Tarikh Input: 07/08/2023 | Kemaskini: 07/08/2023 | norhidayatul
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia