Penutupan Malaysia International Conference Foreign Languages (MICFL) 2024 Kali Ke-8 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Penutupan Malaysia International Conference Foreign Languages (MICFL) 2024 Kali Ke-8

Penutupan Malaysia International Conference Foreign Languages (MICFL) 2024 Kali Ke-8

UPM SERDANG, 30 APRIL 2024 - Malaysia International Conference Foreign Languages (MICFL) 2024 Kali Ke-8, yang telah berlangsung selama 2 hari,  menutup tirainya pada hari 25 April 2024, dengan penyampaian sebanyak 82 kertas kerja, Plenari 2 yang dikendalikan oleh Prof. Mayda Dr. Shahrul Mizan Ismail dari Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, serta sesi-sesi selari yang berlangsung serentak.

Pihak urusetia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan MICFL 2024 ini. Usaha bersama dari para penyelidik, akademikus, dan profesional telah memberikan sumbangan yang penting kepada kejayaan acara ini. Semoga semangat kerjasama ini dapat diteruskan dalam siri-siri MICFL akan datang, memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang bahasa dan linguistik.

 

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
WXFRJAP~