25 Ogos 2023 | AKTIVITI | - Program Semarak Merdeka UPM 2023 dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Koir Inter-PTJ di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia.
Sebanyak 20 buah PTJ telah menyertai pertandingan ini termasuklah 22 orang ahli Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Malaysia Baru menjadi taruhan untuk dipertandingkan, busana yang berkonsepkan boria yang dijahit sendiri oleh Team Busana FBMK seterusnya melayakkan FBMK mendapat Anugerah Khas Juri Kategori Busana Terbaik dan Tempat Ketujuh bagi Pertandingan Koir Inter-PTJ tahun 2023.
FBMK juga turut memenangi Tempat Kedua bagi Pertandingan Fotografi Inter-PTJ oleh Puan Layla Witra Mat Arop.
Penghargaan kepada Teacher Darlyn dan penyokong setia FBMK yang sentiasa mengikuti rapat kumpulan The Heritage Choir of FBMK.
Tarikh Input: 19/09/2023 |
Kemaskini: 19/09/2023 | norhidayatul
PERKONGSIAN MEDIA