Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (Team Building) bertempat di Pusat Latihan RISDA (RISTEC), Port Dickson, Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan pada 20-22 Oktober 2023.
Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf bagi membentuk semangat kerja secara kolaborasi, meningkatkan motivasi dalam kalangan staf melalui pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan, membangunkan nilai berkaitan integriti, etika dan sikap yang positif dalam kalangan diri staf serta membolehkan staf berinteraksi, membina hubungan baik, dan bekerja secara efektif dengan orang lain untuk mencapai objektif yang sama.
Tarikh Input: 30/10/2023 |
Kemaskini: 30/10/2023 | norhidayatul
PERKONGSIAN MEDIA