Pertemuan diantara Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dan Encik Moon daripada Pejabat Antarabangsa Kyung Hee University, Korea sempena Program Budaya Peradaban dalam Kalangan Masyarakat Melayu & Korea. Pertemuan dua hala tersebut bertujuan untuk membincangkan tentang pertukaran pelajar, summer camp dan potensi pengambilan pelajar pada masa akan datang. Pada hari yang sama, Dengan FBMK, Prof. Madya. Dr. Hazlina Abd Halim turut mengunjungi Hankuk University of Foreign Studies dan mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dengan pelajar di universiti tersebut. Antara perkongsian program tersebut adalah merangkumi sastera, bahasa, budaya dan peradaban Melayu.
Tarikh Input: 11/10/2023 | Kemaskini: 11/10/2023 | norhidayatul
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia