Majlis Pemakaian Hood Graduan Master sempena Konvokesyen UPM ke-47 telah berlangsung pada 25 November 2023 di Dewan Za'ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Majlis dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, serta pengurusan fakulti, pensyarah, dan ibu bapa. Seramai 99 orang pelajar Master yang bergraduat Kelas 2023 bagi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Sebanyak 26 orang graduan yang hadir telah menerima penghargaan dalam Majlis Pemakaian Hood Graduan Master.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Kelas 2023!
Tarikh Input: 04/12/2023 |
Kemaskini: 04/12/2023 | norhidayatul
PERKONGSIAN MEDIA