Kehangatan terasa setelah sekian lama fakulti ini tidak menerima kunjungan para pelajar. Oleh yang demikian, satu sesi gotong-royong telah diadakan oleh warga FBMK sempena menyambut kedatangan pelajar baharu pada 03 Oktober 2023. Di samping itu, turut dilakukan juga aktiviti gotong-royong dalaman iaitu proses sisih (Bil.1) juga telah diadakan pada 04 Oktober 2023.
Setinggi tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di atas kerjasama yang diberikan dan telah menjayakan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan FBMK untuk menghasilkan persekitaran yang lebih kondusif untuk para pelajar dan seluruh warga FBMK.
Tarikh Input: 10/10/2023 | Kemaskini: 10/10/2023 | norhidayatul
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia