FBMK Johan SEBUDI 2.0 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » FBMK Johan SEBUDI 2.0

FBMK Johan SEBUDI 2.0

UPM SERDANG, 2 April 2024 - Pasukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah meraih kejayaan gemilang dalam Kuiz Seni, Budaya & Warisan Inter-PTJ SEBUDI 2.0 yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM pada 21 hingga 22 Februari 2024.

Pasukan FBMK yang terdiri daripada Dr. Hani Salwah Yaakup (Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi), Cik Noor Afiqah Che Soh (Unit Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Masyarakat), dan Encik Muhammad Adibfikri Hasji (Muzium Warisan Melayu) telah memenangi gelaran Johan bagi kuiz tersebut. Kejayaan ini merupakan bukti kecekapan dan kebolehan pasukan dalam menguasai bidang seni, budaya, dan warisan.

Tidak hanya meraih gelaran Johan, pasukan FBMK juga memenangi hadiah sampingan iaitu Kategori Pasukan Terbaik Keseluruhan bagi Peringkat Separuh Akhir. Kejayaan ini diperoleh berkat kecekapan pasukan dalam menjawab keseluruhan soalan yang diberikan dengan tepat dan cemerlang.

Peringkat akhir pertandingan turut dimeriahkan dengan kehadiran penyokong setia dari kalangan warga FBMK serta dihadiri oleh Dekan FBMK sendiri pada 23 Februari 2024. Kehadiran penyokong serta sokongan penuh dari pihak universiti menambahkan lagi semangat dan kegembiraan dalam kemenangan pasukan FBMK ini. Prestasi cemerlang ini membuktikan bahawa FBMK UPM adalah sebuah entiti yang mampu berprestasi dalam pelbagai bidang termasuk seni, budaya, dan warisan.

Tarikh Input: 02/04/2024 | Kemaskini: 02/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXFBFAX~