Pengenalan | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» PENYELIDIKAN » Mengenai Penyelidikan » Pengenalan

Pengenalan


Penyelidikan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi bermatlamat untuk membentuk, menguji dan memperbaiki sesuatu teori serta mengikut bidang tumpuan (niche) yang telah dikenal pasti dalam bidang bahasa, sastera dan komunikasi serta menyokong usaha universiti menjadi universiti penyelidikan.

Pembiayaan geran ini merupakan inisiatif dari pihak Pengurusan Universiti untuk memenuhi keperluan Key Performance Index (KPI) Universiti Penyelidikan iaitu:

  1. untuk menghasilkan penerbitan di dalam jurnal berwasit dan yang berimpak tinggi
  2. untuk menerbitkan buku atau bab dalam buku
  3. untuk menghasilkan paten dan produk/teknologi yang boleh dikomersilkan
  4. merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan
  5. untuk meningkatkan bilangan pelajar siswazah yang bergraduat, dan
  6. untuk meningkatkan bilangan penyelidik utama (principal investigator)

Terdapat 5 Inisiatif diperkenal dibawah geran ini iaitu;

  1. Geran Putra - Inisiatif Putra Berkumpulan (IPB)
  2. Geran Putra -Inisiatif Putra Muda (IPM)
  3. Geran Putra -Inisiatif Putra Siswazah (IPS)
  4. Geran Penyelidikan Individu Berprestasi Tinggi
  5. Geran Penyelidikan Pembangunan Inovasi

Kemaskini:: 30/09/2016 [ctsakinah]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
B1566416989