SERDANG, 22 Ogos- Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Putra Malaysia (UPM), YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz telah mengadakan lawatan ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) bagi meninjau kemudahan fasiliti yang disediakan untuk pelajar kurang upaya.

Lawatan tersebut bertujuan menilai kelengkapan sedia ada serta mencadangkan penambahbaikan agar pelajar kurang upaya di FBMK, yang kini berjumlah seramai 23 orang, dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Ketibaan Dr. Noraishah disambut oleh Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim bersama Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar), Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Ketua Pentadbir FBMK, Saliza Mustafa serta Penolong Pendaftar Pengurusan Unit Akademik dan Pelajar, Mohd Husaini Amir Nik.

Lawatan ini sekaligus mencerminkan komitmen UPM dalam memastikan aspek kebolehaksesan dan kesejahteraan pelajar kurang upaya terus diberi perhatian dan keutamaan.
Date of Input: 25/08/2025 | Updated: 25/08/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia