Hari Anugerah Semarak Merdeka 2025: FBMK Serlah Kreativiti Dan Patriotisme | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» NEWS » Hari Anugerah Semarak Merdeka 2025: FBMK Serlah Kreativiti dan Patriotisme

Hari Anugerah Semarak Merdeka 2025: FBMK Serlah Kreativiti dan Patriotisme

SERDANG, 23 OgosSemarak Merdeka 2025 anjuran Pusat Kebudayaan dan Seni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) berlangsung meriah dengan penyertaan aktif daripada pelbagai fakulti, termasuk Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK).

 

FBMK telah mengambil bahagian dalam beberapa acara utama seperti Pertandingan Koir, Pertandingan Kibar Jalur Gemilang dan Pertandingan Sayembara Puisi. Penyertaan ini tidak hanya menonjolkan bakat dan kreativiti warga fakulti, malah menjadi bukti komitmen mereka dalam menyemarakkan semangat patriotisme bersempena sambutan bulan kemerdekaan.

Kejayaan FBMK disokong dengan kerjasama erat seluruh warga fakulti daripada staf pentadbiran, staf pelaksana sehingga pensyarah, yang berganding bahu memastikan setiap penyertaan memberi impak yang positif. Semangat kebersamaan ini menjadi faktor penting dalam menjayakan penyertaan fakulti, selain memperkukuh hubungan silaturahim dan rasa kekitaan dalam kalangan warga kampus.

Majlis yang dianjurkan saban tahun itu turut menjadi platform menghargai dedikasi, kerja berpasukan dan usaha kreatif warga universiti. Bagi FBMK, penyertaan dalam acara seperti ini bukan sahaja mengangkat nama fakulti, bahkan mencerminkan keupayaan mereka untuk mengimbangi antara pencapaian akademik dan penglibatan dalam kegiatan kebudayaan serta kesenian.

Hari penuh makna ini sekali gus menegaskan bahawa semangat kemerdekaan tidak sekadar diraikan dengan simbolik bendera dan lagu patriotik, tetapi diterjemahkan melalui usaha bersama, kreativiti, dan penghayatan nilai kebangsaan yang diwarisi oleh generasi kini.

Date of Input: 25/08/2025 | Updated: 25/08/2025 | amira.rahim

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (07:47:11am-07:52:11am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]