
UPM SERDANG, 21 Ogos 2025- Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Media pada Jumaat, 15 Ogos 2025 bagi mengeratkan hubungan strategik antara fakulti dan rakan media.
Majlis ini telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, Dekan FBMK bersama seramai 21 orang pensyarah serta staf pengurusan fakulti.

Antara organisasi media yang turut hadir ialah Radio Televisyen Malaysia (RTM), KLFM, Harian Metro, TV Alhijrah, BERNAMA, Media Mulia serta Seksyen Komunikasi Korporat UPM.
Majlis ini menjadi platform interaksi yang signifikan dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara FBMK dan pihak media, selain membuka ruang perkongsian pandangan mengenai peranan komunikasi dalam menyokong agenda universiti.
FBMK turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan serta kehadiran semua pihak media yang turut serta menjayakan majlis ini.

Date of Input: 22/08/2025 | Updated: 22/08/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia