200 Pelajar SMK Kompleks KLIA Pelajari Teknik Menjawab SPM Di FBMK UPM | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» NEWS » 200 pelajar SMK Kompleks KLIA pelajari teknik menjawab SPM di FBMK UPM

200 pelajar SMK Kompleks KLIA pelajari teknik menjawab SPM di FBMK UPM

Oleh: Dr Sharil NIzam Sha’ri

Photo: Nasrul Izam Zamaruddin

Serdang- ‘Usaha tangga kejayaan’ menjadi berkat kerjasama kepada pensyarah FBMK UPM, PIBG  dan guru SMK Kompleks KLIA, Nilai dengan berjayanya membawa seramai 200 pelajar tingkatan lima ke Dewan Za’ba, FBMK UPM, sempena dalam Program Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 5 SMK Kompleks KLIA Bersama dengan FBMK, UPM dengan tema ‘Pemindahan Teknologi untuk Kecemerlangan’, pada 24 Julai 2019 yang lalu.

Prof. Madya Dr Mohd Azidan Abd Jabar (barisan hadapan, empat dari kiri) bersama-sama jawatankuasa, guru dan pelajar SMK Kompleks KLIA, selepas majlis perasmian.

 

Pemilihan sekolah ini dilakukan kerana sebagai program kelestarian atau kesinambungan sebanyak tiga (3) kali bengkel penulisan bersama pelajar ini sepanjang Mac 2019 yang lalu, di SMK Kompleks KLIA ini. Malah, pengetua sekolah menzahirkan hasrat untuk membawa pelajar tingkatan lima ini ke program akademik di FBMK UPM.

Cikgu Khairuddin Ayip dan Cikgu Rapidah Zainun sedang menyampaikan sesi bimbingan menjawab bahasa Melayu dan Inggeris (Penulisan) SPM

 

Memenuhi hasrat ini, jawatankuasa program yang diketuai oleh Dr Ramiza Darmi dan Dr Sharil Nizam Sha’ri telah menghubungi dua cikgu dan juga pemeriksa subjek bahasa Melayu dan Inggeris untuk menjadi penceramah dalam program ini. Seterusnya, dua  pensyarah kanan di FBMK, Prof. Madya Dr. Norazlina Mohd Kiram dan Dr Ilyana Jalaludin menyampaikan ceramah tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris dengan betul dan standard.

Dr. Sharil Nizam Sha’ri menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Khairuddin Ayip

 

Pengerusi program, Dr Ramiza Darmi menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Rapidah Zainun

 

“Program ini bertujuan untuk mendedahkan teknik dan cara menjawab subjek penulisan bagi   bahasa Melayu dan Inggeris kepada semua pelajar tingkatan lima SMK Kompleks KLIA, Nilai, Negeri Sembilan. Usaha ini diharapkan dapat menjadi sumbangan FBMK kepada komuniti untuk usaha memajukan diri dan mencapai kecemerlangan diri” ujar Pengerusi program, Dr Ramiza Darmi.

Dr Ramiza Darmi menyampaikan sijil penceramah kepada Prof. Madya Dr Norazlina Mohd Kiram dan Dr Ilyana Jalaludin.

 

En. Shamsuddin Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMK Kompleks KLIA, menyampaikan ucapan penutup

 

Kesemua peserta program ini dibawa melawat ke Rumah Tradisional Melayu, di Muzium Warisan Melayu, FBMK UPM., pada penghujung program.

 

Sebahagian jawatankuasa program bersama dengan guru SMK Kompleks KLIA yang hadir

 

Program yang memberikan  tumpuan kepada kecemerlangan generasi muda negara yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019, khususnya bagi subjek Bahasa Melayu dan Inggeris diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

 

Date of Input: 14/08/2019 | Updated: 14/08/2019 | ewan

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
C1571768956