Makmal | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » KEMUDAHAN » Makmal

Makmal

Untuk menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Fakulti menyediakan prasarana berbentuk makmal.

s
Makmal Fotografi
Makmal ini digunakan bagi pembelajaran kursus fotografi.
Makmal ini dilengkapi dengan studio, kamera digital, kamera manual, pencetak,
dan kemudahan memproses gambar secara manual dan digital.
 a
Makmal Siber
Makmal ini digunakan bagi pembelajaran kursus yang
melibatkan penggunaan komputer, serta prasarana untuk pelajar membuat tugasan
dan mencari maklumat melalui Internet. Makmal ini dilengkapi dengan komputer,
LCD, layar, pencetak dan Internet.
d
 Makmal Bahasa
Makmal ini digunakan sebagai makmal pembelajaran bahasa
Jepun, Perancis, Jerman, dan sebagainya. Makmal ini dilengkapi dengan televisyen, perakam, dan radio.
 jlab
Makmal Kewartawanan
Makmal ini digunakan oleh pelajar yang mengambil pengkhususan dalam bidang kewartawanan. Makmal ini dilengkapi dengan komputer, ruang pengajaran, LCD, skrin, dan internet untuk memudahkan pelajar membuat skrip berita dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang kewartawanan.
 img
Makmal Pidato
Makmal ini digunakan bagi latihan dan pembelajaran kursus
pengucapan awam. Makmal ini dilengkapi dengan pentas, rostrum, mikrofon, skrin, LCD, komputer, televisyen dan perakam
 img
Makmal Penyiaran 
Makmal ini mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian Audio-Video dan bahagian stesen radio PutraFM. Bahagian Audio-Video digunakan untuk kerja amali kursus penerbitan
video dan membuat rakaman suara dan video. Makmal ini dilengkapi dengan studio, peralatan penyuntingan, peralatan penggambaran, televisyen, dan perakam PutraFM.
 bahasa
Makmal Audio/Video
Makmal ini digunakan untuk membuat rakaman suara dan
video bagi pelajar, dan aktiviti fakulti. Makmal ini dilengkapi dengan
kamera, studio rakaman, televisyen, perakam, dan mesin penyuntingan.
 siswazah
Makmal Teknologi Bahasa
Makmal ini menyediakan peralatan rakaman audio video dan pengeditan muzik

Kemaskini:: 11/04/2014 [ctsakinah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
B1566417113