Jabatan Bahasa Melayu | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » Jabatan » Jabatan Bahasa Melayu

Jabatan Bahasa Melayu

Pengenalan

Jabatan Bahasa Melayu memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa Melayu dari aspek kemahiran bahasa, tatabahasa, dan linguistik. Dalam bidang Kesusasteraan Melayu, tumpuan diberikan kepada penjenisan, kritikan dan penghasilan karya kreatif. Selain itu, Jabatan juga turut memberikan tumpuan kepada kebudayaan Melayu. Semua aspek ini diketengahkan melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan, pengembangan dan perundingan. Jabatan ini juga memberikan perhatian kepada aspek terjemahan dan penulisan kerana kedua-duanya kian jelas keperluannya dalam konteks pembangunan negara pada masa hadapan.

Penyusunan dan pengintegrasian aspek dan bidang tumpuan seperti ini selaras dengan konsep dan matlamat pendekatan bersepadu dan kajian bahasa yang menyatukan aspek linguistik, kesusasteraan, dan kebudayaan sebagai wadah pembentukan tamadun. Tumpuan seperti ini juga dilagang untuk memastikan bahawa disiplin ilmu akan dapat berkembang dengan luas dan terancang. Selain itu, penubuhan Jabatan ini juga mengambil kira perancangan program baharu pada masa akan datang agar pewujudannya dapat memberikan sumbangan yang berkesan dan bermakna untuk memenuhi aspirasi rakyat dan keperluan negara.

Objektif

• Meningkatkan kegiatan pengajaran kebahasaan dan kesusasteraan hingga peringkat pascasarjana demi menjanakan individu yang dinamik dengan keterampilan dalam bidang berkenaan yang diperlukan untuk pasaran kerja global.

• Meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan graduan dalam pelbagai bahasa dan sastera supaya lebih berwibawa dan berbobot; demi memenuhi keperluan sumber tenaga yang memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional.

• Menatarkan dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan penerbitan dalam bidang kebahasaan dan kesusasteraan dengan lebih proaktif.

• Mengemaskan dan meningkatkan kegiatan peristilahan dan penterjemahan untuk membendung kenaifan ilmu.

• Merancang dan melaksanakan aktiviti pengembangan dan perkhidmatan profesional lebih berkesan dan mapan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.



Program Yang Ditawarkan

a. Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)

b. Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu)

c. Master Sastera (Bahasa Melayu) (dengan tesis)

d. Mastera Sastera (Kesusasteraan Melayu) (dengan tesis)

e. Master Bahasa Melayu (tanpa tesis)

f. Master Kesusasteraan Melayu (tanpa tesis)

g. Kedoktoran Falsafah (Bahasa Melayu)

h. Kedoktoran Falsafah (Kesusasteraan Melayu)

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

UJIAN KOMUNIKASI DALAM BAHASA MELAYU (UPM-UKOM)

PROSEDUR UMUM PELAKSANAAN UPM-UKOM DAN KURSUS INTERVENSI:

1.1 Pelajar yang perlu menduduki UPM-UKOM telah dikenal pasti melalui kajian rintis, iaitu:

  1. Pelajar prasiswazah UPM tempatan klasifikasi kecil dan ke atas.

  2. Pelajar yang tidak memperoleh sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

  3. Pelajar yang tidak mengambil atau tidak memperoleh sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Tinggi persekolahan Malaysia; dan     

  4. Pelajar yang tidak mengambil atau tidak memperoleh sekurang-kurangnya gred C+ bagi kursus Bahasa Melayu Tinggi (BBM3401) di UPM;

1.2 Pelajar diminta untuk mendaftarkan diri bagi menduduki UPM-UKOM melalui e-SMP yang dibangunkan kursus untuk ujian ini.

1.3 Fakulti/Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) dengan kerjasama Bahagian Akademik UPM akan mengatur jadual ujian dan mempamerkannya di dalam sistem.

1.4 Sesi ujian dilaksanakan secara berinteraksi dalam kumpulan lima orang.

1.5 Setiap kumpulan akan menjalani sesi ujian dalam tempoh 20 minit.

1.6 Sebelum sesi ujian, pelajar secara berkumpulan memilih tajuk perbincangan yang disediakan serta aspek khusus perbincangan bagi setiap anggota kumpulan sebagai persediaan perbincangan.

1.7 Setiap anggota kumpulan diberi masa tiga minit untuk membentangkan pendapat berdasarkan aspek tertentu tentang tajuk yang dibincangkan dalam kumpulan.

1.8 Dalam tempoh lima minit terakhir sesi perbincangan, setiap anggota kumpulan diminta untuk memberikan ulasan terhadap rakan kumpulan mereka sama ada bersetuju, tidak bersetuju atau memberikan pendapat yang lain.   

1.9 Setiap anggota kumpulan hendaklah mengambil bahagian dalam perbincangan secara aktif tetapi tidak dibenarkan mendominasi perbincangan. Dengan kata lain, semua calon mesti mengambil bahagian secara sekata.

1.10 Pelajar akan dinilai oleh sekurang-kurangnya dua orang penilai tentang aspek kemahiran berkomunikasi, iaitu bahasa, isi, dan interaksi kumpulan.

1.11 Keputusan UPM-UKOM akan dipaparkan melalui e-SMP dan pelajar yang mencapai Tahap 1-3 akan diminta mengikuti kursus intervensi Kemahiran Bahasa Melayu selama seminggu (28 jam) semasa cuti antara semester.       

 

TARIKH PEPERIKSAAN UPM-UKOM 2019: UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR SAHAJA!

 

TARIKH: 5 APRIL 2019 (JUMAAT)

MASA: 8:00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI

TEMPAT: BILIK SERI AMAN, FBMK, UPM

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat JBM 03-9769 8787

Kemaskini:: 13/03/2019 [zurainijusoh]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
B1566574461