Master Sastera (Linguistik Bandingan Terapan) | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» Master Sastera (Linguistik Bandingan Terapan)

Master Sastera (Linguistik Bandingan Terapan)



PENGENALAN

Program ini mengkaji persamaan dan perbezaan linguistik antara bahasa atau variasi bahasa. Penyelidikan berfokus kepada analisis perbandingan dalam aspek fonologi, sintaksis, leksikal atau semantik bahasa, serta aplikasi yang berkaitan.

SYARAT KEMASUKAN

  • Calon perlu mempunyai ijazah Bacelor dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau setara dalam bidang yang relevan (berdasarkan kertas cadangan dalam permohonan calon).
  • Calon yang memperoleh PNGK di bawah 3.00 atau setara tetapi tidak kurang daripada 2.75 dalam bidang yang relevan, permohonan kemasukan boleh dipertimbangkan berdasarkan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun atau penerbitan akademik dalam bidang yang berkaitan.
  • Calon yang tidak memiliki kelayakan major atau minor dalam bidang yang relevan, tetapi memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.20 dalam bidang berkaitan boleh dipertimbangkan secara bersyarat dengan persetujuan Fakulti.

KELAYAKAN BAHASA INGGERIS

Calon antarabangsa untuk kelima-lima bidang dikehendaki memperoleh skor minimum 550 dalam TOEFL (atau 80 bagi IBT) atau 6.0 dalam IELTS. 

KEPERLUAN PROGRAM

a.    Keperluan Kredit

       Calon perlu memenuhi jumlah minimum 6 jam kredit kursus
      (Kaedah Penyelidikan) dan mana-mana kursus yang diluluskan
       oleh Jawatankuasa Penyeliaan.

b.    Keperluan Lain

i. Tesis

SPS5999     Tesis Master

Calon Master Sastera diwajibkan mendaftar untuk kursus SPS5999 Penyelidikan Master. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir tempoh pengajian, calon akan menyerahkan sebuah tesis. Tesis ini akan dinilai dan peperiksaan lisan (viva voce) akan dijalankan untuk menentukan kompetensi calon dalam bidang pengajiannya.

ii. Seminar

SPS5903     Seminar

Calon Master Sastera diwajibkan mengambil kursus SPS5903 yang merupakan pembentangan kertas cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil setelah kertas cadangan penyelidikan diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Tesis. Kursus ini akan dinilai dan diberi gred Memuaskan (M) atau Tidak   Memuaskan (TM).

 


Kemaskini:: 23/04/2014 [noorziha]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXETQAi~