Master Sastera (Kesusasteraan Cina)- Dengan Tesis | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» Master Sastera (Kesusasteraan Cina)- Dengan Tesis

Master Sastera (Kesusasteraan Cina)- Dengan Tesis



Pengenalan

Program ini memberi penekanan kepada aspek kajian dalam kesusasteraan Cina moden dan klasik, khususnya sastera Cina di China dan sastera Cina di luar China. Aspek falsafah dan sejarah juga turut menjadi tumpuan bidang ini. Antara subjek teras bidang ini ialah sastera Mahua, teori dan kritikan sastera, serta karya agung dan falsafah China. Dalam program ini ini,pelajar akan didedahkan dengan perkembangan terkini dalam bidang kesusasteraan Cina. Sasaran program ini ialah kakiltangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang kesusasteraan Cina.

Syarat Kemasukan

  1. Calon perlu mempunyai Ijazah Bacelor dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau setara dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Cina (Major atau Minor).
  2. Calon yang memperoleh PNGK di bawah 2.75 atau setara dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Cina, permohonan kemasukan akan diteliti dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang berkaitan.
  3. Calon yang tidak memiliki kelayakan dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Cina, tetapi memperoleh PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan boleh dipertimbangkan secara bersyarat dan hendaklah mengambil dan lulus tiga kursus persediaan dalam bidang Kesusasteraan Cina dengan sekurang-kurangnya gred B+ pada semester pertama.

Kursus Persediaan (9 kredit)

 BBC3102

Perkembangan Kesusasteraan Cina 

 3 kredit  

 BBC3103

 Perkembangan Kesusasteraan Cina Moden

 3 kredit  

 BBC3104

 Kesusasteraan Mahua

 3 kredit  

 BBC3105

 Pengenalan Sejarah Cina

 3 kredit  

 BBC3221

 Pengantar Sinologi

 3 kredit  

 BBC3224

 Pengantar Kesusasteraan

 3 kredit  

 

Semester Penawaran Program

Semester Pertama dan Kedua

 
Keperluan Program

a. Keperluan Kredit

Calon yang mengikuti pengajian Ijazah Master dengan tesis dikehendaki untuk menyempurnakan kerja kursus sebanyak 6 kredit:

  • Kaedah Penyelidikan (3 kredit) dan
  • Kursus lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan pelajar.

Senarai Kursus

BBC5201   Teori dan Kritikan Sastera Cina                3 kredit

BBC5202   Karya Agung Kesusasteraan Cina             3 kredit

BBC5401   Kaedah Penyelidikan Kesusasteraan Cina  3 kredit

BBC5501   Isu Kesusasteraan Cina Klasik                  3 kredit  

BBC5502   Isu Kesusasteraan Cina Moden                 3 kredit      

BBC5503   Isu Kesusasteraan Mahua                        3 kredit

BBC5601   Seminar Kesusasteraan Cina                    3 kredit


b. Keperluan Lain

i. Tesis

SPS5999           Tesis Master

Seseorang calon Master Sastera diwajibkan mendaftar untuk kursus SPS 5999 Penyelidikan Master. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir jangka masa pengajian calon akan menyerahkan satu tesis. Tesis ini akan dinilai dan satu viva voce  akan dijalankan untuk menentukan kompetensi calon dalam bidang pengajiannya.

ii. Seminar

SPS5903           Seminar

Seseorang calon Master Sastera diwajibkan mengambil kursus SPS 5903 yang merupakan pembentangan cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja cadangan penyelidikan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Tesis (bukan penasihat akademik). Kursus ini akan dinilai dan diberi gred M / TM.


Kemaskini:: 05/04/2013 [noorziha]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXETHAJ~