Master Sastera (Bahasa Arab) - Dengan Tesis | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» Master Sastera (Bahasa Arab) - Dengan Tesis

Master Sastera (Bahasa Arab) - Dengan Tesis



Pengenalan

Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan amali yang relevan dalam bidang bahasa Arab. Dalam program ini, pelajar akan didedahkan dengan perkembangan terkini dalam bidang bahasa dan linguistik Arab. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang bahasa Arab.

Syarat Kemasukan

  1. Calon perlu mempunyai ijazah Bacelor dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau setara dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab (Major atau Minor).
  2. Calon yang memperoleh PNGK di bawah 2.75 atau setara dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab, permohonan kemasukan akan diteliti dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang berkaitan.
  3. Calon yang tidak memiliki kelayakan major atau minor dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab, tetapi memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan boleh dipertimbangkan secara bersyarat dan hendaklah mengambil dan lulus tiga kursus persediaan dalam bidang bahasa Arab dengan sekurang-kurangnya gred B+ pada semester pertama.

Kursus Persediaan (9 kredit)

  BBA 3101 Sejarah Tatabahasa Arab                                                  3 kredit

  BBA 3201 Fonetik dan Fonologi Arab                                              3 kredit

  BBA 3207 Sintaksis dan Morfologi Arab 1                                       3 kredit

  BBA 3208 Sintaksis dan Morfologi Arab 1                                       3 kredit

  BBA 3209 Pengantar Retorik Arab                                                    3 kredit

  BBA 3403 Bahasa Arab Komunikatif                                                3 kredit

  BBA 3410 Keterampilan Berbahasa Arab                                          3 kredit

  BBA 3412 Bahasa Arab dalam Teknologi Maklumat                        3 kredit

 

Semester Penawaran Program

Semester Pertama dan Kedua

 

a. Keperluan Kredit

Calon yang mengikuti pengajian Ijazah Master Sastera dengan tesis dikehendaki untuk menyempurnakan kerja kursus sebanyak 6 jam kredit (minimum) kursus yang ditetapkan oleh Jabatan:

BBA5401  Kaedah Penyelidikan Bahasa Arab          3 kredit;

BBA5601  Seminar Bahasa Arab                               3 kredit; atau  

Kursus yang berkaitan yang ditawarkan oleh Jabatan 3 kredit.

Senarai Kursus

  BBA 5201 Analisis Morfologi dan Sintaksis Arab                            3 kredit

  BBA 5202 Analisis Wacana Arab                                                      3 kredit

  BBA 5203 Pemerolehan Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua           3 kredit

  BBA 5204 Penterjemahan Arab                                                         3 kredit

  BBA 5205 Bahasa Arab dalam al-Qur’an dan Hadith                       3 kredit

b. Keperluan Lain

i. Tesis

SPS 5999        Tesis Master

Seseorang calon Master Sastera diwajibkan mendaftar untuk kursus SPS 5999 Penyelidikan Master. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir jangka masa pengajian calon akan menyerahkan satu tesis. Tesis ini akan dinilai dan satu viva voce akan dijalankan untuk menentukan kompetensi calon dalam bidang pengajiannya.

ii. Seminar

SPS 5903         Seminar

Seseorang calon Master Sastera diwajibkan mengambil kursus SPS 5903 yang merupakan pembentangan cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja cadangan penyelidikan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Tesis (bukan penasihat akademik). Kursus ini akan dinilai dan diberi gred M / TM.


Kemaskini:: 05/04/2013 [noorziha]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdKAv~