MASTER KESUSASTERAAN MELAYU | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» MASTER KESUSASTERAAN MELAYU

MASTER KESUSASTERAAN MELAYU

 

Pengenalan

Program ini bertujuan untuk menyediakan dengan pengetahuan teori dan aplikasi dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Dalam program ini, calon juga didedahkan dengan sejarah, falsafah, dan perkembangan semasa berkaitan bidang Kesusasteraan Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang Kesusasteraan Melayu.

Syarat Kemasukan

  • Ijazah Bacelor dalam bidang Kesusasteraan Melayu dari universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75.
  • Calon yang mendapat PNGK kurang daripada 2.75 tetapi tidak kurang daripada 2.50 atau setara boleh diberikan pertimbangan sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
  • Calon yang mendapat PNGK kurang daripada 2.50 boleh diberikan pertimbangan sekiranya mereka mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan.
  • Calon yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan Kesusasteraan Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.00 boleh dipertimbangkan masuk secara provisional dan hendaklah mengambil dan lulus tiga (3) kursus persediaan dalam bidang Kesusasteraan Melayu dengan sekurang-kurangnya mendapat gred B+ untuk setiap kursus tersebut.
  • Keperluan bahasa Inggeris untuk calon antarabangsa:

 

  1. 400 untuk TOEFL Paper-based Test (Academic Version)        atau
  2. Band 4.0 untuk IELTS (Academic Training)

 

Keperluan Program

Keperluan Kredit

Calon yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 40 kredit untuk bergraduat. Jumlah jam kredit ini merangkumi kursus wajib, kursus elektif, dan projek penyelidikan seperti yang berikut:

Kursus Wajib                                              21 kredit

Kursus Elektif                                             12 kredit

Disertasi Penyelidikan                                6 kredit

Seminar Projek Penyelidikan Master        1 kredit

                                                  Jumlah     40 kredit

Senarai Kursus

 

Kursus Wajib (21 kredit)

BBK5101      Falsafah dan Pemikiran dalam Kesusasteraan Melayu     3 kredit

BBK5102      Tasawur Islam dalam Kesusasteraan Melayu                    3 kredit

BBK5202      Stilistik dalam Kesusasteraan Melayu                                3 kredit

BBK5203      Kajian Kesusasteraan Bandingan                                       3 kredit

BBK5207      Pendekatan dalam kritikan Teks                                         3 kredit

BBK5208      Kajian Puisi Melayu                                                             3 kredit

BBK5214      Metodologi Penyelidikan Kesusasteraan Melayu             3 kredit

Kursus Elektif (12 kredit)

BBK5204      Kajian Naskhah Melayu Klasik                                          3 kredit

BBK5209      Kajian Drama Televisyen dan Filem Melayu                    3 kredit

BBK5210      Pascakolonialisme dalam Kesusasteraan Melayu          3 kredit

BBK5211      Kritikan dan Dramaturgi                                                   3 kredit

BBK5401      Pendokumentasian Kesusasteraan Lisan                        3 kredit

BBK5402      Adaptasi Teks Kesusasteraan                                          3 kredit

Kursus Persediaan 

Calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Kesusasteraan Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.20 hendaklah mengambil dan lulus tiga (3) kursus persediaan di peringkat Bacelor (selewat-lewatnya pada semester ke-2 sepanjang tempoh pengajian) dengan sekurang-kurangnya memperoleh gred B+.

Senarai Kursus Persediaan

BBK3102     Sejarah Kesusasteraan Melayu     3 kredit      DAN

BBK3210     Teori Kesusasteraan                       3 kredit      DAN

Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan (3 kredit).

 

Keperluan Lain

Projek Penyelidikan

FBK5600          Seminar Projek Penyelidikan Master        1 kredit

FBK5989          Disertasi Penyelidikan                               6 kredit

 

Kemaskini:: 06/09/2018 [zurainijusoh]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXESKAR~