Doktor Falsafah (Penterjemahan Dan Interpretasi) | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» Doktor Falsafah (Penterjemahan dan Interpretasi)

Doktor Falsafah (Penterjemahan dan Interpretasi)



Pengenalan

Bidang kajian ini meliputi teori dan amali yang dimanfaatkan oleh sarjana dan penggiat dalam pelbagai bidang penterjemahan dan interpretasi. Kajian termasuk penelitian teori dan teknik yang berkaitan, terjemahan sastera, isu bahasa dan linguistik, isu terjemahan budaya, perbandingan terjemahan oleh manusia dan mesin, serta implikasi sosial dan ekonomi dalam amalan penterjemahan dan interpretasi.

Syarat Kemasukan

  • Calon perlu mempunyai ijazah Master dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.20 (bagi Master dengan tesis) atau 3.50 (bagi Master tanpa tesis) atau setara dalam bidang yang relevan (berdasarkan kertas cadangan dalam permohonan calon)
  • Calon yang tidak memenuhi keperluan PNGK pada peringkat Master, tetapi PNGK tidak kurang daripada 3.00 (bagi Master dengan tesis) atau 3.20 (bagi Master tanpa tesis) dalam bidang yang relevan, permohonan kemasukan boleh dipertimbangkan berdasarkan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun atau penerbitan akademik dalam bidang yang berkaitan


Kelayakan Bahasa Inggeris

Calon antarabangsa untuk kelima-lima bidang dikehendaki memperoleh skor minimum 550 dalam TOEFL (atau 80 bagi IBT) atau 6.0 dalam IELTS.


Semester Penawaran Program

Semester Pertama dan Kedua


Keperluan Program

a. Keperluan Kredit

Pelajar PhD perlu memenuhi jumlah minimum 3 jam kredit kerja kursus:

  • Kaedah Penyelidikan (3 kredit) ATAU
  • Kursus yang dipersetujui oleh Penyelia Tesis (3 kredit)
 

b. Keperluan Lain

i. Tesis

SPS 6999 Penyelidikan Doktor Falsafah

Seseorang calon Doktor Falsafah diwajibkan mendaftar untuk kursus SPS 6999 Penyelidikan PhD. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir jangka masa pengajian calon akan menyerahkan satu tesis. Tesis ini akan dinilai dan satu viva voce akan dijalankan untuk menentukan kompetensi pelajar dalam bidang pengajiannya.

ii. Seminar

SPS 6903 Seminar

Seseorang calon Doktor Falsafah diwajibkan mengambil kursus SPS 6903 yang merupakan pembentangan cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja cadangan penyelidikan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Tesis (bukan penasihat akademik). Kursus ini akan dinilai dan diberi gred M / TM.


iii. Peperiksaan Komprehensif

Seseorang calon Doktor Falsafah mestilah lulus satu peperiksaan komprehensif bertulis dan lisan. Peperiksaan ini diambil setelah menyempurnakan kesemua keperluan kerja kursus yang ditetapkan dalam program pengajiannya. Peperiksaan komprehensif bertujuan untuk menilai pengetahuan pelajar dalam bidang pengajiannya,keupayaan pelajar untuk mengintegrasikan pengetahuan mengenai penyelidikan dan teori berkaitan, isu asas dalam bidang pengajian serta pemahaman pelajar akan kaedah dan reka bentuk penyelidikan yang berkaitan.


Kemaskini:: 07/04/2013 [noorziha]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDcRAE~