Doktor Falsafah (Bahasa Melayu) | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» Doktor Falsafah (Bahasa Melayu)

Doktor Falsafah (Bahasa Melayu)

 

Pengenalan

Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi dengan lebih mendalam dan relevan dalam bidang Bahasa Melayu. Dalam program ini, calon akan didedahkan dengan perkembangan terkini dari segi teori dan aplikasi dalam kajian berkaitan bahasa dan linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta serta pensyarah IPTA dan IPTS yang berkaitan, dari dalam dan luar negara untuk menjadikan mereka pakar dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.


Syarat Kemasukan

  • Pemohon perlu mempunyai Ijazah Master dalam Bahasa Melayu atau bidang yang berkaitan daripada universiti yang diiktiraf.
  • Pemohon yang memperoleh Ijazah Master dengan penyelidikan dan kerja kursus layak memohon untuk  mengikuti program ini jika mencapai PNGK 3.00.
  • Pemohon yang memperoleh Ijazah Master dengan kerja kursus layak memohon untuk mengikuti program ini jika mencapai PNGK 3.50.


Keperluan Program

a.  Keperluan Kredit 

Calon Doktor Falsafah yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 3 kredit minimum kerja kursus yang merangkumi kursus, seperti yang berikut:

BBM6201              Teori Linguistik Lanjutan                3 kredit  ATAU

     Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan.


b.  Keperluan Lain

i. Tesis

SPS6999                 Penyelidikan Doktor Falsafah

Calon Doktor Falsafah diwajibkan mendaftar kursus SPS6999 Penyelidikan Doktor Falsafah pada setiap   semester sepanjang tempoh pengajian. Kursus ini  merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir tempoh pengajian, calon akan menyerahkan sebuah tesis. Tesis ini akan dinilai dan peperiksaan lisan (viva voce) akan  dijalankan untuk menentukan kompetensi calon dalam  bidang pengajiannya.

ii. Seminar

SPS6903                 Seminar Penyelidikan Doktor Falsafah

Calon Doktor Falsafah diwajibkan mengambil kursus SPS6903 yang merupakan pembentangan kertas cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja kertas cadangan penyelidikan diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Tesis. Kursus ini akan dinilai dan diberikan gred Memuaskan (M) atau Tidak Memuaskan (TM).

iii. Peperiksaan Komprehensif

Calon Doktor Falsafah diwajibkan lulus satu peperiksaan komprehensif bertulis dan lisan. Peperiksaan ini diambil setelah calon menyempurnakan semua keperluan kerja kursus yang ditetapkan dalam program pengajiannya. Peperiksaan komprehensif ini direkayasa bagi menilai pengetahuan calon dalam bidang pengajian dan keupayaan dalam mengintegrasikan pengetahuan mengenai penyelidikan dan teori bagi menangani isu berkaitan bidang pengajiannya.

 

   Brosur dilampiran

 

Kemaskini:: 30/01/2020 [sakinatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdOAv~