Doktor Falsafah (Bahasa Arab) | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» Doktor Falsafah (Bahasa Arab)

Doktor Falsafah (Bahasa Arab)



Pengenalan

Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan amali dengan lebih mendalam yang dan relevan dalam bidang bahasa Arab. Dalam program ini, calon akan didedahkan dengan perkembangan terkini dari segi teori dan aplikasi dalam kajian bahasa dan linguistik Arab. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta serta pensyarah IPTA dan IPTS yang berkaitan dari dalam dan luar negara untuk menjadikan mereka pakar dalam bidang bahasa dan linguistik Arab.

Syarat Kemasukan

  1. Calon perlu mempunyai ijazah Master dalam bidang Bahasa dan  Kesusasteraan Arab.
  2. Calon yang memperoleh ijazah Master dengan tesis layak memohon untuk mengikuti program ini jika mereka mencapai PNGK 3.00.
  3. Calon yang memperoleh ijazah Master tanpa tesis layak memohon untuk mengikuti program ini jika mereka mencapai PNGK 3.20.

Semester Penawaran Program

Semester Pertama dan Kedua

Keperluan Program

a. Keperluan Kredit

Calon yang mengikuti pengajian ijazah Doktor Falsafah ini perlu menyempurnakan 3 jam kredit minimum kerja kursus yang merangkumi  kursus pada tahap 6000 seperti yang berikut:

BBM6401  Reka Bentuk dan Statistik dalam Penyelidikan Bahasa; 3 kredit  atau

BBM6402  Penelitian Kualitatif dalam Penyelidikan Bahasa;           3 kredit  atau

BBI6402    Quantitative Methods in Language Research;                 3 kredit  atau

BBI6403    Qualitative Inquiry in Language Research                      3 kredit  atau

Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan 3 jam kredit.

Senarai Kursus

BBI 6401 

Thesis Writing

3 kredit

BBI 6402 

Quantitative Methods in Language Research  

3 kredit

BBI 6403 

Qualitative Inquiry in Language Research

3 kredit

BBK 6201 

Teori dan Falsafah Kesusasteraan

3 kredit

BBM 6201 

Teori  Linguistik Lanjutan

3 kredit

BBM 6401  

Reka Bentuk dan Statistik dalam Penyelidikan Bahasa

3 kredit

BBM 6402 

Penelitian Kualitatif dalam Penyelidikan Bahasa

3 kredit

BBL 6401 

Critical Theory and Practice

3 kredit

 


b. Keperluan Lain

i. Tesis

SPS 6999        Penyelidikan Doktor Falsafah

Seseorang calon Doktor Falsafah diwajibkan mendaftar untuk kursus SPS 6999 Penyelidikan Ph.D. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir jangka masa pengajian calon akan menyerahkan satu tesis. Tesis ini akan dinilai dan satu viva voce akan dijalankan untuk menentukan kompetensi pelajar dalam bidang pengajiannya.

ii. Seminar

SPS 6903        Seminar

Seseorang calon Doktor Falsafah diwajibkan mengambil kursus SPS 6903 yang merupakan pembentangan cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja cadangan penyelidikan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Tesis (bukan penasihat akademik). Kursus ini akan dinilai dan diberi gred M / TM.

iii. Peperiksaan Komprehensif

Seseorang calon Doktor Falsafah mestilah lulus satu peperiksaan komprehensif bertulis dan lisan. Peperiksaan ini diambil setelah menyempurnakan kesemua keperluan kerja kursus yang ditetapkan dalam program pengajiannya. Peperiksaan komprehensif bertujuan untuk menilai pengetahuan pelajar dalam bidang pengajiannya, keupayaan pelajar untuk mengintegrasikan pengetahuan mengenai penyelidikan dan teori berkaitan isu asas dalam bidang pengajian serta pemahaman pelajar akan kaedah dan reka bentuk penyelidikan yang berkaitan.  


Kemaskini:: 05/04/2013 [noorziha]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdGAf~