Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-11 (SALPBM XI) telah diadakan secara dalam talian pada 29 hingga 30 Mac 2022. Seminar ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar ini bertemakan “Mendepani Isu Bahasa dan Sastera Kontemporari untuk Menghadapi Cabaran Sarwajagat”.
Sebanyak 60 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar ini. Pemakalah terdiri daripada pakar pelbagai bidang linguistik, kebahasaan dan kesusasteraan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi, institusi kebahasaan dan penerbit bahan bacaan.
Pihak urus setia dan jawatankuasa seminar telah bersetuju untuk menerbitkan kertas kerja yang terpilih dalam bentuk prosiding. Selain menjadi rujukan dalam seminar, prosiding juga sesuai untuk bacaan dan rujukan para akademia, khususnya para pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi, terutama bagi mereka yang ingin mengetahui perihal pengantarabangsaan bahasa Melayu.
Sila klik di sini untuk mendapatkan prosiding seminar.
Kemaskini:: 12/10/2023 [norhidayatul]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia