Master Sastera (Kesusasteraan Melayu) | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» Master Sastera (Kesusasteraan Melayu)

Master Sastera (Kesusasteraan Melayu)

 

Pengenalan

Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Dalam program ini, calon juga didedahkan dengan sejarah, falsafah dan perkembangan  semasa berkaitan bidang Kesusasteraan Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang Kesusasteraan Melayu.

Syarat Kemasukan

  • Pemohon mestilah mempunyai Ijazah Bacelor dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang Kesusasteraan Melayu daripada universiti yang diiktiraf.
  • Pemohon yang memperoleh PNGK di bawah 3.00 atau setara, permohonan kemasukan akan diteliti dengan  pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang Kesusasteraan Melayu.
  • Pemohon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Kesusasteraan Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.20 boleh dipertimbangkan masuk secara bersyarat (sila rujuk keperluan program).

Keperluan Program

a.      Keperluan Kredit

Calon yang mengikuti pengajian Ijazah Master dengan tesis dikehendaki untuk menyempurnakan kerja  kursus sebanyak 6 kredit.  Jumlah jam kredit ini merangkumi kursus yang berikut:                

Senarai Kursus

BBK5201     Kaedah Penyelidikan Kesusasteraan Melayu 3 kredit   DAN

Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan.

i. Kursus Persediaan

Calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Kesusasteraan Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.20 hendaklah mengambil dan lulus 3 kursus persediaan di peringkat Bacelor (selewat-lewatnya  pada semester ke-2 sepanjang tempoh pengajian) dengan sekurang-kurangnya gred B+.     

       Senarai kursus persediaan:

BBK3102  Sejarah Kesusasteraan Melayu 3 kredit  DAN

BBK3210  Teori Kesusasteraan  3 kredit  DAN

Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan (3 kredit).

b. Keperluan Lain

i. Tesis

SPS5999      Tesis Master

Calon Master Sastera diwajibkan mendaftar kursus SPS5999 Penyelidikan Master. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir jangka masa pengajian, calon akan menyerahkan sebuah tesis. Tesis ini akan dinilai dan peperiksaan lisan (viva voce) akan dijalankan untuk menentukan kompetensi calon dalam bidang pengajiannya.

ii. Seminar

SPS5903 Seminar

Calon Master Sastera diwajibkan mengambil kursus SPS5903 yang merupakan pembentangan kertas cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja kertas cadangan penyelidikan diluluskan oleh Jawatankuasa Penyeliaan Tesis. Kursus ini akan dinilai dan diberi gred Memuaskan (M) atau Tidak  Memuaskan (TM).

 

 

Updated:: 06/09/2018 [zurainijusoh]

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
C1569176155