UPM Dengan FDAM Jalin MoU Bagi Mengadakan Kerjasama Dalam Bidang Penyiaran Kepada Pelajar UPM | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » UPM dengan FDAM jalin MoU bagi mengadakan kerjasama dalam bidang penyiaran kepada pelajar UPM

UPM dengan FDAM jalin MoU bagi mengadakan kerjasama dalam bidang penyiaran kepada pelajar UPM

25 Ogos - Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid terima Anugerah Perdana Tokoh Ilmuan Negara – UNESCO daripada Majlis Anugerah Buku Negara pada hari ini di Ekspo Buku Malaysia 2022.
Dato’ Seri Mahdzir berkata usaha Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam memperkasakan usaha memajukan industri buku untuk mengukuhkan aktiviti dan program bagi mencapai carta UNESCO.
“Saya menyokong usaha murni YPBN bersama UPM yang menjadikan ekspo dan persidangan ini sebagai satu wadah ke arah memajukan ilmu pengetahuan dan rangkaian industri buku,” katanya.
Dalam majlis yang sama Dato’ Seri Mahdzir turut menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) UPM bersama Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman bersama Presiden FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim.
UPM dengan FDAM jalin MoU bagi mengadakan kerjasama dalam bidang penyiaran kepada pelajar UPM.
YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan berkata agenda MoU itu bertepatan dengan Matlamat 1 dalam Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia 2021-2025, iaitu mewujudkan Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.
“Ini adalah sejajar dengan hasrat universiti bagi memastikan pelajar UPM seiring dengan kehendak di industri serta mempertingkatkan tahap kompetensi pelajar bidang penyiaran yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar,” katanya.
Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim berkata melalui kerjasama strategik UPM-FDAM akan dapat membantu pelajar UPM khususnya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM bagi mempertingkatkan ilmu penulisan, pengarahan, lakonan, pengurusan produksi, jurukamera/lampu, suntingan dan yang berkaitan.
“Dengan usahasama ini FDAM secara langsung dapat melatih pelajar untuk mengorak langkah untuk seiring dengan perkembangan penyiaran masa kini yang sering berlakunya perubahan dari masa ke semasa,” katanya.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar; Presiden Yayasan Pembangunan Buku Negara, Dr. Hasan Hamzah; Dr. Ahmad Ibrahim, Presiden FDAM dan Pengerusi, Program Ekspo Buku Malaysia 2022 dan Persidangan Buku Antarabangsa 2022, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan.
 
May be an image of 8 people, people standing and indoor
 
May be an image of 1 person, standing and text that says 'Ponga BÚ Natic UPM 10 National BÜKUGER NEGA Book Αν 2022 25 OGOS 2022 10.00 PAGI 6.00 PET LANG Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSS ewan Besar, Pusat Kebudayaan Keseni'
 
May be an image of 6 people, people standing and indoor

Tarikh Input: 27/08/2022 | Kemaskini: 27/08/2022 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEUOAB~