Serdang: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sentosa Kuala Lumpur menganjurkan 'Theatre for Life Workshop' (TFLW) pada 12 November lalu di Dewan Zaaba, FBMK, UPM.
Sebanyak empat sketsa mini bertemakan isu sosial seperti ketagihan sosial media, penyalahgunaan bahan terlarang, delikuensi dan hubungan cinta di sekolah dipentaskan.