Delegasi FBMK Ke Institut-Institut Pengajian Tinggi Di Arab Saudi Mendapat Liputan Akhbar Tempatan. | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Delegasi FBMK ke Institut-Institut Pengajian Tinggi di Arab Saudi mendapat Liputan Akhbar Tempatan.

Delegasi FBMK ke Institut-Institut Pengajian Tinggi di Arab Saudi mendapat Liputan Akhbar Tempatan.

Pada 24 Februari 2017, satu delegasi staf akademik seramai 11 orang dari UPM yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Prof. Dr.  Abdul Mua`ti @ Zamri Ahmad, telah dijemput untuk melawat beberapa buah institusi pengajian tinggi di negara Arab Saudi. Lawatan selama 10 hari ini turut disertai oleh Timbalan Dekan (Akademik Dan Pelajar, Jaringan Industri Dan Masyarakat), Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, Timbalan Dekan (Siswazah Dan Antarabangsa) Prof. Madya Dr. Mohd Azidan Bin Abdul Jabar,  enam orang pensyarah dari Jabatan Bahasa Asing, FBMK dan dua orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Antara pusat pengajian tinggi yang dikunjungi dalam lawatan rasmi ini adalah Universiti Al Malik Abdul Aziz di Jeddah, Universiti Fahd bin Sultan di Tabuk, Institut al Watan al Ali juga di Tabuk,  Universiti Ummul Qura di Mekah, dan Universiti al Malik Saud di Riyadh.

Lawatan rasmi ini telah mendapat liputan beberapa akhbar tempatan seperti yang dapat dilihat dalam laman sesawang berikut: http://tabuk-news.com/news-action-s-id-4804.htm dan http://www.spa.gov.sa/viewfullstory.php?lang=ar&newsid=1597794


               

Tarikh Input: 28/03/2017 | Kemaskini: 29/03/2017 | ctsakinah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
C1575710543