MAJLIS PEMAKAIAN HOOD SISWAZAH FBMK SANJUNG KEGIGIHAN GRADUAN | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » MAJLIS PEMAKAIAN HOOD SISWAZAH FBMK SANJUNG KEGIGIHAN GRADUAN

MAJLIS PEMAKAIAN HOOD SISWAZAH FBMK SANJUNG KEGIGIHAN GRADUAN

MAJLIS PEMAKAIAN HOOD SISWAZAH FBMK SANJUNG KEGIGIHAN GRADUAN

24 Nov - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM julung kali mengadakan Majlis Pemakaian Hood Graduan Siswazah oleh penyelia masing-masing serta memberi hadiah kecemerlangan siswazah kepada pelajar Master dan PhD yang cemerlang dalam penulisan tesis dan penerbitan sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-46.

Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim berkata pemakaian Hood dan penganugerahan kepada graduan Siswazah ini adalah untuk meraikan kecemerlangan bersama, menyanjung kegigihan pensyarah dan memertabat keunggulan sahsiah warga FBMK.

"Bagi sesi konvokesyen kali ini, FBMK telah berjaya melahirkan 418 orang graduan bacelor dan 79 graduan peringkat master serta PhD.

"FBMK juga akan terus mempertingkatkan penawaran program bacelor dan siswazah terbaik dan relevan sepanjang masa," katanya.

Dalam pada itu, FBMK turut meraikan 10 pelajar cemerlang mengikut program Bacelor dan Jabatan yang ada di FBMK.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0yZyAPmpWj7PPEWUMFFiLkQbJ915q19a9YQSSA2pXuBRALTCfNVJRJ1iappHfAZEal&id=100064540755839

Tarikh Input: 06/01/2023 | Kemaskini: 06/01/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdVAz~