Event Title
Mahrajan Tingkatan 6 SMKA Peringkat Kebangsaan 2023
Date
25 Sep 2023 - 27 Sep 2023
Location
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
Event Summary
Program ini merupakan salah satu aktiviti berbentuk akademik dan sukan yang bertujuan untuk memberi ruang kepada para pensyarah berkongsi kepakaran ilmu dengan pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Program anjuran bersama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi serta SMKA Maahad Hamidiah Dan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dengan kerjasama Pusat Islam, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dan Akademi Sukan UPM akan melibatkan penyertaan pelajar seramai 225 orang dari lima buah negeri iaitu Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak pada 25 hingga 27 September 2023.
Aktiviti yang dirancang adalah bersifat akademik dan sukan seperti pertandingan futsal, bola jaring, bola tampar, Nasyid, Qiamulail Perdana, dan Forum Bahasa Arab yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan aktiviti tersebut akan melibatkan penggunaan fasiliti di beberapa tempat seperti di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, masjid UPM, kolej dan juga padang permainan.

Updated:: 25/09/2023 [amira.rahim]
MEDIA SHARING