Executive Bacelor Programme | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» ACADEMIC » Undergraduate Executive Program » Executive Bacelor Programme

Executive Bacelor Programme

 

PENGENALAN

  • Mula ditawarkan sejak 1998
  • Program pengajian yang mendapat pengiktirafan MQA
  • Program pengajian untuk golongan yang sudah bekerja
  • Mood pengajian: separuh masa (kuliah selepas waktu pejabat dan hujung minggu)
  • Kuliah diadakan di FBMK
  • Keperluan kredit untuk bergraduat ialah 120 (jumlah kredit berbeza mengikut program)
  • Pelajar perlu mendaftar 9-15 kredit untuk satu trimester.
  • Program ini terbuka kepada sesiapa yang telah bekerja dan ingin menyambung pengajian ke peringkat Bacelor
  • Program ini menggunakan sistem trimester, iaitu sistem semester diadakan 3 kali setahun, selama 11 trimester @ 3 tahun setengah
  • Setiap trimester mengandungi 17 minggu iaitu:

 

                             kuliah                             14 minggu

 

                             peperiksaan                    1 minggu

 

                             cuti                                 2/3 minggu

Program Pengajian

  1. Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian Klik di sini untuk skema pengajian - kuliah akan diadakan pada waktu petang dari jam 8:00 hingga 11:00 malam sebanyak 3-4 kali seminggu, iaitu pada hari Isnin hingga Khamis
  2. Bacelor Sastera Bahasa Inggeris dan Linguistik dengan Kepujian klik di sini untuk skema pengajian - kuliah akan diadakan pada waktu petang dari jam 8:00 hingga 11:00 malam sebanyak 3-4 kali seminggu, iaitu pada hari Isnin hingga Khamis
  3. Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian klik di sini untuk skema pengajian – Major Bahasa Arab - kuliah akan diadakan pada hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu (jam 3:00 petang -10:00 malam) dan Ahad (jam 8:00 pagi-5:00 petang)
  4. Bacelor Komunikasi dengan Kepujian klik di sini untuk skema pengajian - kuliah akan diadakan pada hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu (jam 3:00 petang-10:00 malam) dan Ahad (jam 8:00 pagi-5:00 petang).

Tugasan, perbincangan dan dialog antara pelajar dengan pensyarah akan dilaksanakan melalui e-mail, papan buletin dan perisian lain yang sesuai. Semua kuliah/tutorial dan amali akan dilaksanakan dalam kampus Universiti Putra Malaysia.

 Program ini mengambil masa selama 11 trimester atau 4 tahun. Setiap trimester mengandung 17 minggu seperti yang berikut :


Sesi Pertama

Kuliah                           14 minggu
Peperiksaan                 1 minggu
Cuti                              3 minggu           


Sesi Kedua

Kuliah                           14 minggu
Peperiksaan                 1 minggu
Cuti                              2 minggu           

   
Sesi Ketiga

Kuliah                           14 minggu
Peperiksaan                 1 minggu
Cuti                              2 minggu           



Jam kontak bagi setiap trimester adalah seperti yang berikut :

Kuliah (14 minggu x 9 jam purata) *Tertakluk pada perubahan

 

Kemahiran Bahasa Melayu

Kursus Kemahiran Bahasa Melayu ditawarkan kepada pelajar Universiti Putra Malaysia berdasarkan pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu / Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Keperluan kursus Kemahiran Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut :

Gred Bahasa Melayu / Malaysia SPM

Kursus yang Wajib diambil

Cemerlang A1 dan A2

Dikecualikan

Kepujian C3 – C6

Dikecualikan

Lulus P7 dan P8

LPM 2401 dan LPM 2402

Nota: Kursus ini tidak termasuk dalam keperluan 103 kredit untuk bergraduat


Kemahiran Bahasa Inggeris

Kursus kemahiran bahasa Inggeris yang ditawarkan kepada pelajar UPM,  berasaskan pencapaian mereka dalam MUET dan keperluan tahap (band) MUET setiap program  berkenaan. Penempatan kursus adalah seperti yang berikut :

 

KURSUS KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS

Peringkat Kursus

Kredit MUET

Prasyarat Tahap

1.LPE 2409 : English for Academic Purposes

3(3+0)

 Band 1,2

2. LPE 2409 :  Oral Interaction Skills


LPE 2421 : General Writing Skills

3(2+1)


3(2+1)

Band 3 atau Band 4
atau lulus LPE 2409

Lulus LPE 2420       

Kursus Elektif 

LPE 2410 : Skills in Grammar

LPE 2411 : Reading and Discussion Skills

LPE 2412 : Writing for Academic Purposes

LPE 2413 :  English for Workplace           

LPE 2414 :  Interactive Speaking

LPE 2415 : Report Writing

LPE 2416 :  Business English

LPE 2417 :  Public Speaking



3(3+0)



Band 5 dan Band 6 atau lulus LPE 2421

Catatan

1. Semua pelajar program Diploma dan Bacelor diwajibkan mengikuti 2 kursus kemahiran bahasa Inggeris (6 kr.).  Walau bagaimanapun, pelajar yang memperoleh MUET Band 1 dan Band 2, dikehendaki mengikuti kursus LPE 2409 dan lulus sebelum dibenarkan mengikut kursus LPE 2420.

2. Pelajar yang memperoleh MUET Band 3 dan Band 4 dikehendaki mengikuti kursus LPE 2420 dan LPE 2421.  Pelajar perlu mengikuti kursus LPE 2420 sebelum dibenarkan mengikuti kursus LPE 2421.

3. Pelajar program B.A. (Bahasa Inggeris), B.A. (Kesusasteraan Inggeris) dan B.Ed. (TESL) yang memperoleh MUET Band 4 ke atas DIKECUALIKAN daripada mengikuti kursus LPE 2420 dan LPE 2421.

4. Pelajar program lain yang memperoleh MUET Band 5 dan Band 6 dikehendaki mengikuti dua kursus elektif kemahiran bahasa Inggeris (LPE 2410 - LPE 2417).

5. Pelajar yang lulus LPE 2421 digalakkan mengikuti kursus elektif kemahiran bahasa Inggeris (LPE 2410 - LPE 2417).

 

 

Updated:: 13/10/2020

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
CULcRAj~