Pensyarah Dr Ilyana Menang Anugerah Projek Best Of The Best Innovation And Intervention Kategori Bidang Sains Sosial | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» NEWS » Pensyarah Dr Ilyana menang anugerah projek Best of the Best Innovation and Intervention kategori bidang Sains Sosial

Pensyarah Dr Ilyana menang anugerah projek Best of the Best Innovation and Intervention kategori bidang Sains Sosial

Pensyarah Dr Ilyana menang anugerah projek Best of the Best Innovation and Intervention kategori bidang Sains Sosial

 

Oleh: Salina Husain

 

6 Februari 2020: Projek Hunting with E-Language yang diketuai oleh Dr Ilyana Jalaludin telah terpilih untuk memenangi anugerah projek Best of the Best Innovation and Intervention berserta wang tunai sebanyak seribu ringgit bagi kategori sains sosial dalam pertandingan Sabah International Virtual Innovation & Invention Competition (SIVIIC 2019/2020) bertempat di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Sebanyak 20 projek dari pelbagai kategori telah terpilih untuk ke peringkat akhir bagi membuat pembentangan secara bersemuka di hadapan juri.

 

                     

 

 

Pertandingan anjuran Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah dan Kementerian Pelajaran dan Innovasi Sabah ini, telahpun bermula pada tahun 2019 dan kemuncaknya ialah pada 6 Februari 2020 dengan beberapa projek telah memenangi beberapa anugerah Best of the Best kategori peringkat sekolah, profesional, sains sosial, sains, most likes video dan juara keseluruhan. Pihak penganjur telah membuat beberapa siri saringan bermula dengan penghantaran abstrak projek sebanyak 98 permohonan. Daripada 98 abstrak yang dihantar, hanya 70 sahaja yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya iaitu saringan melalui video projek. Hasil daripada persembahan video yang dihantar pihak juri telah membuat keputusan untuk memilih hanya 20 projek terbaik sahaja untuk ke peringkat akhir. Dan salah satu projek yang terpilih ialah projek Hunting with E-Language.


                    



Dr Ilyana Jalaludin selaku ketua bagi projek Hunting with E-Language  ini menjelaskan bahawa seramai 8 orang pensyarah dari jabatan bahasa Melayu, Inggeris, Asing dan Komunikasi bergabung tenaga menjayakan projek tersebut. Projek yang berkonsepkan pengembaraan bahasa bagi tujuan memantapkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar memerlukan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti berbentuk susun ayat, membuat pelaporan berita, membaca berita dan sebagainya. Menariknya dalam projek ini, pelajar didedahkan dengan kemahiran menggunakan konsep Argumented Reality dari telefon bimbit. Elemen teknologi yang digunakan menarik minat pelajar untuk belajar bahasa Inggeris secara santai dan menyeronokkan. 



                   



  

Semoga projek ini dapat diluaskan lagi ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Terima kasih kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak kerana sudi bekerjasama menjayakan projek Hunting with E-Language ini. Dr Ilyana berharap melalui projek ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dalam pembelajaran di sekolah.







Date of Input: 24/02/2020 | Updated: 24/02/2020 | zeda

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
C1586025518