Hebahan: Wacana Sasterawan Negara | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» NEWS » Hebahan: Wacana Sasterawan Negara

Hebahan: Wacana Sasterawan Negara

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Wacana Sasterawan Negara YBhg. Dato’ Dr. Zurinah Hassan pada 13 Mac 2019 (Rabu), 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, di Dewan Za’ba, FBMK, UPM. 

 

Penganjuran wacana ini bertujuan untuk menzahirkan apresiasi dan rasa cinta pada karya sastera yang bermutu; membincang karya-karya bermutu yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara YBhg. Dato’ Dr. Zurinah Hassan; membuka ruang kepada pelajar untuk berkenalan dan mendapat maklumat dengan lebih mendalam tentang penglibatan Sasterawan Negara YBhg. Dato’ Dr. Zurinah Hassan dalam bidang kesusasteraan Melayu serta menanam minat dalam kalangan pelajar untuk menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi.

 

Tajuk-tajuk menarik daripada tiga orang penceramah akan menghangatkan wacana tersebut iaitu oleh Profesor Madya Dr. Arba’ie Sujud yang akan membincangkan tajuk ‘Berbicara tentang ‘aku’: Impian dan Harapan SN Dato’ Dr. Zurinah Hassan’, Dr. Halis Azhan Mohd. Hanafiah yang akan membincangkan tajuk ‘Konflik Jurang Generasi dalam Novel Hatimu Aisyah Karya SN Dato’ Dr. Zurinah Hassan’ dan Encik Zainal Palit (Zaen Kasturi) dengan tajuk perbincangan ‘Cerpen-cerpen SN Dato’ Dr. Zurinah Hassan: Potensi Membina Petunjuk Normatif’. Untuk menyemarakan lagi majlis, pelancaran antalogi puisi yang dihasilkan oleh staf akademik Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang bertajuk Sekuntum Bunga Bahasa di Tangkai Bangsa Berakar Budaya Bertunjang Agama juga akan diadakan. Sehubungan itu, semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis wacana ini. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Profesor Madya Dr. Kamariah Kamarudin 012-2121882 (Setiausaha) atau Dr. Zuraini Jusoh, 010-3197708 (AJK Promosi).

 

Date of Input: 11/03/2019 | Updated: 11/03/2019 | ewan

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEcHAO~