Pengenalan
Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah ditubuhkan pada 2 Mei 1979. Ia menjalankan dua program akademik, iaitu program di peringkat ijazah lanjutan dan penawaran kursus-kursus sokongan untuk program Bacelor dan Diploma yang ditawarkan oleh semua fakulti di Universiti Putra Malaysia. Selain dari penawaran kursus sokongan di peringkat Bacelor, Jabatan ini juga menyelia pelajar-pelajar Bacelor dari Fakulti melaksanakan projek tahun akhir mereka. Di peringkat ijazah lanjutan Jabatan adalah yang terunggul dan terulung di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Program yang ditawarkan
Jabatan ini memberikan tumpuan kepada pembangunan disiplin dalam bidang komunikasi kemanusian, komunikasi korporat, kewartawanan, penyiaran, teknologi komunikasi, komunikasi massa, dan komunikasi pembangunan. Semua aspek ini juga akan diketengahkan melalui pengajaran, penyelidikan, pengembangan dan perundingan.
Kemudahan yang disediakan
Makmal Penyiaran
Makmal Pidato
Makmal Kewartawanan
Updated:: 10/10/2018 [jstham]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia