SYARAHAN INAUGURAL PROF. DR. VIJAYALETCHUMY A/P SUBRAMANIAM | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » SYARAHAN INAUGURAL PROF. DR. VIJAYALETCHUMY A/P SUBRAMANIAM

SYARAHAN INAUGURAL PROF. DR. VIJAYALETCHUMY A/P SUBRAMANIAM

SYARAHAN INAUGURAL PROF. DR. VIJAYALETCHUMY A/P SUBRAMANIAM

 

Serdang- Universiti  Putra Malaysia (UPM)  menganjurkan Siri Syarahan Inaugural kali ke-245, dengan giliran kali ini Prof. Dr. Vijayaletchumy A/P Subramaniam. Tajuk syarahan inaugural “Pemerkasaan Bahasa Jati Diri Bangsa: Mentransformasikan Pembelajaran Imbuhan Ke Arah PAK21”

Majlis berlangsung pada 13 Mac 2020, Jumaat, 9:45 pagi, bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Majlis akan dihadiri jemputan  dalam kalangan pensyarah di UPM dan universiti awam,  guru dan pentadbir di Institut Pendidikan Guru dan para pelajar bidang bahasa dan linguistik.

“Dalam syarahan ini, saya  memberikan fokus terhadap imbuhan dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan inovasinya dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Teknik GAD diperkenalkan kepada guru dan murid untuk mempelajari imbuhan dengan mudah dan berkesan”, ujar Prof. Dr. Vijayaletchumy A/P Subramaniam.

Prof. Dr. Vijayaletchumy, menjadi pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM hampir 23 tahun. Berkat dedikasi dan kecemerlangannya sebagai pensyarah,  beliau berjaya dilantik sebagai Profesor di UPM pada 2018. Kepakaran beliau  dalam bidang pemerolehan dan pembelajaran  bahasa, dan disleksia.

 Majlis Syarahan Inaugural merupakan majlis yang dilaksanakan khas untuk pegawai akademik yang telah dilantik ke jawatan Profesor. Majlis ini memberi peluang kepada profesor untuk menyampaikan syarahan berkaitan hasil kerja dan kajian yang telah dihasilkan  kepada tetamu jemputan yang terdiri daripada warga universiti (khususnya jemputan fakulti) dan orang-orang luar yang berkaitan.

 

 

Tarikh Input: 16/03/2020 | Kemaskini: 16/03/2020 | zeda

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEUFAV~