Sultan Selangor Sampaikan Anugerah Kepada 22 Warga UPM Yang Cemerlang | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Sultan Selangor sampaikan anugerah kepada 22 warga UPM yang cemerlang

Sultan Selangor sampaikan anugerah kepada 22 warga UPM yang cemerlang

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto: Norazreen Awang

 

SERDANG, 11 Mei: Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi pengiktirafan kepada 22 staf akademik dan bukan akademik yang cemerlang dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan profesional, penerbitan makalah serta perunding cemerlang pada Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2016 yang disampaikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM.

MGAP adalah penghargaan dan pengiktirafan universiti terhadap warganya atas usaha penerokaan dan pengembangan ilmu serta perkhidmatan pendidikan untuk universiti dan negara.

Anugerah Fellowship Naib Canselor bagi Anugerah Khas Akademia Putra iaitu pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan kecemerlangan dan tahap pencapaian membanggakan dalam aspek pengajaran, penyelidikan, kepemimpinan dan sumbangan kepada masyarakat,  diberi kepada Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Yusoff dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.

Ketika ditemui media, Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah melahirkan terima kasih kepada UPM dan menyifatkan kemenangan itu adalah untuk semua saintis di UPM.

Katanya, beliau bersama pasukan penyelidik sedang membangunkan vaksin untuk merawat kanser.

Sementara itu empat orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Pengajaran (Kategori Pengajar Cemerlang). Mereka ialah Prof Madya Dr Wan Zuhainis Saad dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul; Prof Madya Dr Suraya Abdul Rashid (Fakulti Kejuruteraan); Dr Norazlina Mohd Kiram (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi); dan Dr Nooreen Noordin (Fakulti Pengajian Pendidikan).

Empat orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Pengajaran (Kategori Pengajar Muda). Mereka ialah Dr. Che Azurahanim Che Abdullah (Fakulti Sains); Dr Hasliza Abu Hassim (Fakulti Perubatan Veterinar); Dr Mohd Razif Harun (Fakulti Kejuruteraan); dan Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi).  

Dua orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi (Kategori Penyelidik Cemerlang) iaitu Prof Ir. Dr Mohd Sapuan Salit (Fakulti Kejuruteraan/Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan); dan Dr Mohd Yazid Mohd Yunos (Fakulti Rekabentuk dan Senibina).  

Prof Ir. Dr Mohd Sapuan turut menerima menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi (Kategori Penerbitan Makalah Jurnal), selain Dr Nur Dalilah Dahlan (Fakulti Rekabentuk dan Senibina).  

Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi (Kategori Penyelidik Muda) diterima Dr Muhammad Hafiz Abu Bakar (Fakulti Kejuruteraan), manakala bagi Kategori Inovasi dan Pengkomersilan diterima  Prof Dr Mohamed Hanafi Musa (Fakulti Pertanian).

Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi (Kategori Seni dan Kreativiti) diterima oleh Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi), manakala bagi Kategori Penerbitan Buku diterima Dr Mohd Yusof Saari (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan).

Tiga orang menerina Anugerah Fellowship Naib Canselor – Kategori Perkhidmatan Profesional iaitu Prof Ir Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir (Fakulti Kejuruteraan), Mohd Nazri Noh (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi) dan Shamsuddin Johan (Fakulti Pengajian Alam Sekitar).

Tiga orang menerima  Anugerah Fellowship Naib Canselor – Kategori Perunding Cemerlang iaitu Dr Hanina Halimatusaadiah Hamsan (Fakulti Ekologi Manusia), Prof Madya Dr Haslinda Abdullah (Fakulti Ekologi Manusia), dan Prof Dr Azni Idris (Fakulti Kejuruteraan).

Ketika berucap pada majlis itu, Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata MGAP adalah apresiasi dan pengiktirafan terhadap warga universiti yang  mempamerkan kecemerlangan prestasi, potensi dan bakti, serta mengharumkan nama universiti di dalam dan luar negara.

“Majlis ini berupaya memupuk kecemerlangan berinovasi dalam proses pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan bagi setiap pegawai,” katanya.

 

Pada majlis itu Tuanku Canselor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan melancarkan dua buah buku iaitu Discovering 100 Birds of Universiti Putra Malaysia dan Orchids in the Montane Forests of Peninsular Malaysia. - UPM 

Tarikh Input: 17/05/2017 | Kemaskini: 17/05/2017 | ctsakinah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXESXAQ~