Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Bersama Komuniti Orang Asal Jeli, Kelantan | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Bersama Komuniti Orang Asal Jeli, Kelantan

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Bersama Komuniti Orang Asal Jeli, Kelantan

UPM SERDANG, 29 APRIL 2024 - Program "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit' bersama Komuniti Orang Asal Jeli, Kelantan, di Wisata Minda, FBMK, dengan kerjasama antara Politeknik Jeli, Kelantan dan Sekolah Kebangsaan Sungai Rual Jeli, Kelantan.

Program yang berlangsung di bawah arahan Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim ini telah menjadi platform yang bermakna untuk menjalankan aktiviti membaca bersama komuniti Orang Asal Jeli. Turut hadir dalam program ini adalah ahli Jabatan Bahasa Melayu serta 23 orang pelajar dan 10 orang fasilitator.

Program ini tidak hanya memberi peluang kepada peserta untuk mengembangkan minat membaca, tetapi juga bertujuan untuk memperkenalkan pembelajaran kolaboratif dengan komuniti setempat. Kejayaan program ini mencerminkan komitmen Politeknik Jeli, Kelantan dalam menerapkan pendekatan pembelajaran yang inklusif dan berteraskan kepada keperluan komuniti.

 

Tarikh Input: 29/04/2024 | Kemaskini: 29/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
WXFPNAY~