Program Jelajah Bahasa Dengan Kerjasama Pejabat DUN Balakong, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Balakong. | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Program Jelajah Bahasa dengan kerjasama pejabat DUN Balakong, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Balakong.

Program Jelajah Bahasa dengan kerjasama pejabat DUN Balakong, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Balakong.

Program Jelajah Bahasa dengan kerjasama pejabat DUN Balakong, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Balakong.

 

Oleh: Dr. Salina Husain

 

11 Januari 2020:  Program Jelajah Bahasa dengan jayanya telah berlangsung di Sekolah Menengah Cheras Jaya, Balakong (SMKCJ) pada 11 Januari 2020. Program yang mendapat kerjasama dari pejabat DUN Balakong, YB Wong Siew Ki ini, mensasarkan penglibatan daripada pelajar sekolah dan masyarakat sekitar Balakong. Seramai 37 staf akademik dan 9 staf pentadbiran yang di ketuai oleh Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Profesor Madya Dr Mohd Azidan Abdul Jabar telah terlibat di dalam program Jelajah Bahasa bagi tahun 2020 ini.

 

Dr Salina Husain selaku setiausaha program Jelajah Bahasa ini menjelaskan bahawa objektif program ini adalah bertujuan untuk memperkenal dan mempromosikan program bahasa dan siswazah yang terdapat di Fakulti, mengadakan perundingan klinik bahasa secara percuma, serta merapatkan hubungan ahli akademik dengan masyarakat setempat. Selain daripada pelajar SMKCJ, program ini juga turut melibatkan penglibatan dari beberapa sekolah sekitar Balakong seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn.

 

Antara aktiviti yang dirancang oleh para pensyarah UPM ialah sudut membaca berita, pameran bahasa, pertandingan membuat poster, uji minda, mewarna, permainan bahasa dalam pelbagai bahasa dan banyak lagi. Semua aktiviti yang dijalankan memerlukan pelajar untuk berinterkasi sama ada dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Arab, Perancis, Jepun, Sepanyol dan Tamil.

 

            
                            Perasmian program oleh YB Wong Siew Ki

 

           
                         Aktiviti bahasa Arab

 

           
                         Aktiviti bahasa Jepun

 

          
                       YB bersama pensyarah bahasa Perancis

 

         
                       Promosi program akademik Fakulti

 

         
                         Booth bahasa cina                      

 

        
                             Booth bahasa Melayu

 

        
            Pelajar menjawab soalan bahasa Inggeris

 

        
                                   Booth bahasa Sepanyol

 

                      
            Booth bahasa Tamil            Sesi Fotografi Pakaian Cina

 

                 
                            Pelajar sedang menjawab soalan                        

                                             

      
      YB Wong Siew Ki bergambar bersama pensyarah Bahasa Arab

 

      
     YB Wong Siew Ki dan Prof. Madya Dr Mohd Azidan menjawab soalan dalam aktiviti Uji Minda Bahasa Melayu

 

 

Jelas bahawa aktiviti seumpama ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa dengan cara yang lebih santai dan gembira. Secara tidak langsung juga program ini dapat merapatkan hubungan pensyarah Universiti Putra Malaysia dengan masyarakat setempat, sekaligus dapat mempromosikan kepakaran pensyarah bahasa serta program akademik di Fakulti di peringkat yang lebih luas lagi.

 

  
                    Sesi bergambar bersama AJK Fakulti dan Sekolah

 

 

                                                                  

 

 

 

Tarikh Input: 13/01/2020 | Kemaskini: 14/01/2020 | zeda

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDcTAH~