Pertemuan FBMK Bersama Yayasan Pendidikan Malaysia | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pertemuan FBMK bersama Yayasan Pendidikan Malaysia

Pertemuan FBMK bersama Yayasan Pendidikan Malaysia

UPM SERDANG, 29 APRIL 2024 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah mengadakan pertemuan bersama Yayasan Pendidikan Malaysia pada 23 April, 2024. Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama dalam program Bachelor Trimester FBMK UPM.

Dalam pertemuan tersebut, pihak FBMK menyampaikan rancangan dan inisiatif terkini yang berkaitan dengan program-program yang ditawarkan di bawah fakulti tersebut. Di samping itu, Yayasan Pendidikan Malaysia juga turut menyatakan minat dan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam memperkukuhkan bidang pendidikan dan pembangunan insan di negara ini.

 

Pertemuan antara FBMK UPM dan Yayasan Pendidikan Malaysia diharapkan akan membuka peluang baru dalam bidang pendidikan dan memperkukuhkan lagi hubungan antara institusi pendidikan tinggi dengan pihak-pihak yang berkaitan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Tarikh Input: 29/04/2024 | Kemaskini: 29/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXFQAAX~