Pemenang Anugerah Platinum (Johan) Dan Pemenang Anugerah Pantun Terbaik | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pemenang Anugerah Platinum (Johan) dan Pemenang Anugerah Pantun Terbaik

Pemenang Anugerah Platinum (Johan) dan Pemenang Anugerah Pantun Terbaik

Pemenang  Anugerah Platinum (Johan) dan Pemenang Anugerah Pantun Terbaik

Dr. Sharil Nizam Sha’ri,  Pensyarah Kanan,  Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, diumumkan  sebagai  Pemenang  Anugerah Platinum (Johan) dan Pemenang Anugerah Pantun Terbaik  dalam Pertandingan Berbalas Pantun Dondang Sayang Kategori Terbuka sempena E-Fest Musizal Peranakan MWCP 2021, pada 27 Februari 2021, secara dalam talian di  FB Page Noraniza Idris.

Dr. Sharil menerima hadiah  simpanan emas bernilai RM200.00, trofi, sijil dan  simkad onexox.

Pertandingan anjuran Noraniza Idris dan Persatuan Tatihseni Malaysia ini melibatkan lapan peserta peringkat akhir, dengan tema ‘Melestari  Bangsa Budaya Peranakan’ dan penilaian berdasarkan mesej yang disampaikan, gaya bahasa dalam pantun jual dan beli, dipersembahkan dalam irama dondang sayang dan berbusana Peranakan.

Link youtube : https://youtu.be/FnrkzLmswZk

Tarikh Input: 02/03/2021 | Kemaskini: 02/03/2021 | noor.aisyah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdPAv~