Pelajar FBMK UPM Memenangi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan SUKSIS Kali Ke-15 Tahun 2019 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pelajar FBMK UPM Memenangi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan SUKSIS kali ke-15 Tahun 2019

Pelajar FBMK UPM Memenangi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan SUKSIS kali ke-15 Tahun 2019

Pelajar FBMK UPM Memenangi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan  SUKSIS kali ke-15 Tahun  2019

Oleh: Dr. Sharil Nizam Sha’ri
Foto: Erwan Abd Rahman
 
George Town – Erwan Abd Rahman, pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Putra Malaysia (UPM) diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia Kali ke-15 tahun 2019. Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, di padang kawad Universiti Sains Malaysia (USM).
 
Datuk Mazlan Mansor menyampaikan hadiah dan sijil kepada Erwan Abd Rahman
 
Pelajar jurusan Program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM ini berkata, anugerah yang tidak ternilai hasil  berkat kesungguhan dan displin diri yang tinggi sepanjang berada di UPM dan menyertai SUKSIS.
Seramai 1080 pelatih SUKSIS dari 21 Universiti Awam yang hadir dalam majlis yang bertempat di USM dan turut melibatkan 51 pelatih SUKSIS UPM.
 
Erwan Abd Rahman, pelajar FBMK UPM berasal dari Kota Belud, Sabah
 
Kriteria pemilihan anugerah ini diambil kira berdasarkan latihan luar seperti ujian menembak, kawad, kem asas pertolongan cemas, diikuti  ujian undang-undang dan pencapaian akademik, kepimpinan dan keterampilan dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang lain.
 
“Sepanjang di UPM, saya menjadi ahli Biro sukan Majlis Tertinggi SUKSIS UPM Sesi 2017/2018 dan Presiden Kor SUKSIS Sesi 2018/2019, mewakili Kor SUKSIS UPM ke Medan, Indonesia untuk  program keilmuan pendidikan Nusantara dan turut menjadi pemain bola tampar mewakili UPM”, inilah rahsia kejayaan anak muda yang berumur 24 tahun ini. 
 
SUKSIS menerapkan modul latihan selama tiga tahun yang dibentuk khas itu memberi penekanan bagi menanam kefahaman terhadap kerjaya kepolisan di kalangan pelatih di samping melengkapkan diri daripada segi ketahanan mental, fizikal dan disiplin diri. 
 
Penubuhan Kor SUKSIS adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh sukarelawan polis atau PVR yang terkandung dalam Akta Polis 1967. Ini bermakna kesemua anggota Kor SUKSIS adalah dilantik sebagai anggota sukarelawan polis dan mereka berhak menikmati semua keistimewaan serta kuasa-kuasa seorang anggota polis semasa bertugas menjalankan urusan rasmi atau latihan.

Tarikh Input: 13/08/2019 | Kemaskini: 13/08/2019 | ewan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDcRAL~