Pelajar FBMK Berjaya Merangkul Juara Dunia Dalam Pencak Silat Dunia 2022. | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pelajar FBMK berjaya merangkul Juara Dunia dalam Pencak Silat Dunia 2022.

Pelajar FBMK berjaya merangkul Juara Dunia dalam Pencak Silat Dunia 2022.

Pelajar Bacelor Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Nor Farah Mazlan berjaya merangkul juara dunia dalam Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung di Melaka.
Nor Farah yang mengalahkan pesilat dari Singapura, Nadhrah Shahrin dengan skor 25-23 berkata, beliau bersyukur atas kemenangan itu dan pengorbanannya berbaloi serta beliau telah melakukan penyediaan rapi untuk merangkul pingat emas untuk kejohanan itu.
“Ibu bapa saya adalah dorongan utama saya untuk memenangi kejohanan ini serta pensyarah dan rakan-rakan sekelas turut mendorong saya dalam pengajian kerana sebagai seorang pelajar atlet ianya sangat mencabar kerana saya perlu ke kelas dan menjalani latihan sebanyak tiga sesi pada setiap hari,” katanya.
 
“Nasihat saya kepada pelajar atlet UPM kita perlu seimbangkan masa untuk waktu latihan dan belajar serta perlu fokus kepada kedua-dua bidang iaitu pelajaran dan sukan kerana ini adalah penting untuk masa depan,” katanya.
 
Kredit Gambar: OneSilat, Ahmad Marzukie (https://www.facebook.com/EyeClickers)
 
 
 

Tarikh Input: 10/08/2022 | Kemaskini: 10/08/2022 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdTAI~