Pameran Reka Cipta Penyelidikan Dan Inovasi (PRPI) 2014 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2014

Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2014

SERDANG, 2 Okt. – Seramai 75 penyelidik berjaya meraih pingat emas, 78 pingat perak dan 55 pingat gangsa di Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) yang berlangsung pada 30 September 2014 dan 1 Oktober 2014 yang lalu.

Terdapat 11 kategori yang dipertandingkan dan dipamerkan,iaitu pertanian dan makanan, sains gunaan dan kejuruteraan, biosistem dan bioteknologi, perniagaan, ekonomi dan gavernan, alam sekitar dan tenaga, perhutanan dan biodiversiti, kemanusiaan dan pembangunan nusa bangsa, sains halal dan pengurusan, kesihatan dan kesejahteraan hidup, sains matematik, teknologi maklumat dan komunikasi dan sains dan teknologi bahan.

Prof. Madya Dr. Maha Abdullah daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan memperolehi kejayaan yang membanggakan apabila telah berjaya meraih emas sekaligus menggondol anugerah terbaik, Best Award  melalui penyelidikannya,  Combined chemistry anticoagulant to prevent rapid blood clotting in warm water fish

Inovasi ini berkaitan dengan komposisi anitikoagulan darah ikan yang baharu dan lebih efektif yang menggabungkan dua agen chelating yang terbaik, iaitu EDTA dan trisodium sitrat dalam nisbah yang isotonik kepada fisiologi ikan. Antikoagulan ini telah digunakan dengan berkesan bagi menghalang pembekuan darah dalam ikan.


prpi1


Selain penyertaan daripada penyelidik UPM, PRPI 2014 juga masih mengekalkan penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah untuk turut bertanding. Sekolah yang telah berjaya merangkul anugerah khas adalah Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan yang meraih dua anugerah, iaitu Best Commercial Value Award dan Best Prototype Award bagi inovasi Plastik Bakteria Kulit Pisang dan Hatch Tech.

Manakala Kolej Vokasional Slim River merangkul anugerah Best Innovation Award bagi inovasi B-GRIP (Brilliant Grip) dan SMK Seri Indah untuk anugerah Best Booth Award bagi inovasi Sisa Sifar Organik Maksima (SISOM) dan Tuaian Air Hujan Meningkatkan Kesuburan Tanaman.

Anugerah disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Ramlan, Naib Canselor dengan iringan Prof. Madya Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park dan nama pemenang-pemenang diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Azmi Mohd Lila.





Tarikh Input: | Kemaskini: | ctsakinah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdXAn~